PEMBERIAN 'rating' dan tip kepada pekerja khidmat penghantaran (rider) mahupun e-hailing sudah menjadi kebiasaan bagi mereka yang menggunakan perkhidmatan tersebut. Rata-rata pelanggan melakukannya sebagai tanda ucapan terima kasih dan penghargaan atas khidmat rider yang membantu memudahkan urusan orang ramai. Bagaimanapun, sejak kebelakangan ini terdapat rider yang tanpa segan silu meminta tip daripada pelanggan dengan menjadikan alasan kesempitan hidup untuk meraih simpati. Rider biasanya akan diberikan tip selepas menyelesaikan tugasan. -Gambar hiasan "Hi cik... harap dapat bagi tip ya, sangat memerlukan untuk bayi saya, nak beli susu dan lampin pakai buang bayi. Saya harap awak sudi bantu cik," coret rider berkenaan di ruang chat semasa proses pembelian dilakukan pelanggan. Bagi meyakinkan pelanggan betapa dirinya sangat terdesak mendapat wang, dia turut menyertakan emoji menangis dan merayu. Susulan permintaannya itu, pelanggan berkenaan membalas dengan menyatakan dia akan cuba membantu dengan memberikan sumbangan meskipun dirinya sendiri bukanlah orang berada. ARTIKEL BERKAITAN: Pelanggan ajak abang kurier main ‘explore race’ depan rumah... Kena cari duit COD terselit bawah puluhan pasu bunga ARTIKEL BERKAITAN: ‘Silap’ orang minta tip, pelanggan rupanya rider otai... Terus kena ‘sekolah’ - “Kalau macam ni, orang jadi benci” "Saya cuba, RM5 boleh? Saya pun tengah miskin tapi masih boleh lagi kalau nak tolong sikit-sikit," balasnya yang membuat pesanan dari sebuah restoran sajian Cina. Tangkap layar mesej tersebut menjadi tular selepas dimuat naik seorang individu di laman Facebook. Senang hidup, sambil 'cedok' sambil mengemis. WARGA MAYA "Semoga bro dipermudahkan rezeki... kita bantu mana yang mampu," katanya. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya yang juga pekerja khidmat penghantaran meluahkan rasa malu dengan sikap rider terbabit kerana tindakannya itu akan merosakkan imej komuniti pekerja penghantaran. Tidak kurang juga yang menganggapnya sengaja mengambil kesempatan dan mengemis perhatian atas kebaikan pelanggan. Kebanyakan rider meluahkan rasa malu dengan sikap lelaki terbabit. "Cedok (hantar) je dapat duit, jangan la ambil kesempatan sambil cedok mengemis. Kau punya 'selekeh' (sikap buruk) meminta-minta rider lain pula nampak hancing (buruk). "Satu pesanan dah dapat RM5, kalau sehari 30 pesanan... dah dapat RM150 tip, campur fare jadi RM300. Kaya! "Senang hidup, sambil 'cedok' sambil mengemis. "Cari kerja lain kalau susu, lampin anak pun nak mengemis," ujar beberapa warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube