suria

Pasangan suami isteri nampak romantis, riang main hujan bersama... Sayu dapat tahu rupanya sedang ikhtiar hamil

Tangkap layar video menunjukkan pasangan ini mandi hujan bersama.

PELBAGAI ikhtiar dilakukan oleh pejuang dua garis atau TTC (trying to conceived) dalam usaha mendapatkan zuriat.

Begitu juga dengan pasangan suami isteri ini yang mandi hujan bersama-sama di hadapan rumah dengan harapan impian memiliki cahaya mata tercapai.

Dalam video dikongsikan Nurul Erma Shadila di TikTok, dapat dilihat dia dan suami riang bersama-sama mandi hujan.

"Suami ajak mandi hujan untuk ikhtiar dapatkan zuriat," tulisnya pada video.

Erma mandi air hujan atas ajakan suami.

Bagaimanapun, apa yang dilakukan mereka ini sekadar ikhtiar tanpa dapat dipastikan sejauh mana keberkesanannya.

Walaupun pasangan ini nampak gembira bermandi hujan, tetapi jauh di sudut hati Emma amat berharap agar dia dan suami bakal menimang bayi selepas empat tahun mencuba.

Di ruangan komen, ramai turut berkongsi pengalaman mereka berikhtiar untuk hamil termasuklah mencuba kaedah mandi hujan.

"Buka kasut, kaki pijak tanah. Mandi hujan sambil berdoa meminta. Insya-Allah Allah dengar dan makbulkan.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita terkejut dah lama cuba hamil umur suami 80 tahun baru ‘sangkut’ - “Tak datang bulan, saya ingatkan menopaus”

ARTIKEL BERKAITAN: 9 bulan sorok hamil, bibik buat kejutan bersalin di rumah... Majikan ‘outstation’ bergegas balik pukul 3 pagi, panik uri tak keluar!

"Saya pun hari tu pertama kali mandi hujan dengan suami. Lepas tu 'lekat'. Tapi keguguran masa minggu ketujuh. Sekarang sambung ikhtiar balik untuk mengandung. TTC sudah tujuh tahun.

"Suami pernah mandi hujan hujung tahun 2022. Waktu tu enam bulan lepas keguguran tak lekat kemudian awal tahun 2023 Allah hadirkan bayi. Sekarang sudah 10 bulan," komen beberapa netizen.

Video itu turut dikongsikan semula oleh seorang pelayar X yang mendoakan agar wanita ini dan pasangannya dikurniakan anak seperti dihajatkan.

Di ruangan komen, rata-rata netizen berharap tindakan pasangan ini sekadar salah satuy usaha dan bukannya menyekutukan Allah.

Hujan adalah rahmat yang merupakan ciptaan Allah yang baru sahaja diciptakan, maka Nabi SAW mengambil bertabaruk dengannya.

ROZAIMI RAMLE

PENDAKWAH DAN PENSYARAH

"Suka sangat tengok usaha pasangan ini. Ikhtiar semampu mungkin cuma jangan sampai jatuh syirik. Semoga dipermudahkan dan dimakbulkan segala hajat ya.

"Tiada dalil mengenai mandi hujan untuk dapatkan zuriat secara terus. Harap mereka tak berniat bukan-bukan la. Tapi kalau ikhtiar secara zahir, dengan rahmat hujan. doa di waktu hujan dan kemesraan di tengah hujan yang lebih manis mampu buka jalan untuk kebarangkalian mengandung," ujar netizen.

Sebelum ini, pendakwah dan pensyarah Dr Rozaimi Ramle menerusi Facebooknya pernah mengulas mengenai Rasulullah SAW menyelak sebahagian (sedikit) baju ketika hujan supaya air terkena badannya secara langsung.

Komen netizen pada hantaran asal.

Ini kerana hujan adalah rahmat yang merupakan ciptaan Allah, maka Nabi Muhammad SAW mengambil bertabaruk (ambil berkat) dengannya.

Katanya, hadis ini merupakan dalil kepada pendapat ulama mazhab Syafie bahawa digalakkan untuk membuka (tubuh) yang bukan aurat pada awal turunnya hujan, agar air hujan dapat kena padanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain