suria

Warga emas jatuh laut ketika melangkah masuk feri, dua lelaki jadi penyelamat selepas 10 minit mangsa terkapai-kapai

Mangsa berjaya dibawa naik selepas diselamatkan oleh dua lelaki.

ORANG ramai di Terminal Feri Mersing, Johor kecoh apabila seorang wanita warga emas terjatuh ke dalam laut, pagi Jumaat.

Mangsa yang merupakan seorang wanita dikatakan terjatuh ke dalam laut ketika melangkah untuk masuk ke dalam feri untuk perjalanan ke Pulau Tioman.

Menerusi video tular, kedengaran suara seorang lelaki yang berada di lokasi kejadian meluahkan rasa kesal terhadap sistem keselamatan pengendali feri di terminal itu.

"Sakit hati betul, tak ada safety langsung. Letaklah pelantar kayu. Benda bangang," luah individu itu kerana kesal atas apa yang berlaku.

Dalam video itu, kelihatan dua lelaki berjaya menyelamatkan mangsa sambil diperhatikan petugas syarikat feri dan orang awam.

Menurut saksi di tempat kejadian, ketika mangsa hendak melangkah masuk, feri itu tiba-tiba bergerak menyebabkan dia terjatuh ke dalam laut.

WhatsApp Image 2024-07-19 at 12.44.45 PM (1)

Mangsa menangis dan kelihatan trauma selepas diselamatkan.

Mangsa dikatakan terkapai-kapai namun sempat diselamatkan orang awam. Wanita itu turut kelihatan trauma ketika dibawa naik ke jeti oleh orang dan dalam keadaan kesejukan kerana berada di dalam air sekitar 10 minit hingga 15 minit.

Insiden itu berlaku sekitar pukul 6.45 pagi ketika penumpang dalam perjalanan menaiki feri untuk ke Pulau Tioman.

Patutnya kena ada pelantar. Bukan kata warga emas, yang muda pun bahaya kalau terpijak tempat yang salah, jatuh juga nanti.

NETIZEN

Mangsa dikatakan mengalami kecederaan pada bahagian kaki akibat luka tertusuk benda tajam sewaktu terjatuh. Dia kemudiannya dibawa ke sebuah klinik kesihatan berhampiran untuk menerima rawatan.

Video insiden itu meraih lebih 300,000 tontonan selepas ia dikongsi ke laman Instagram mStar pada pagi Jumaat.

Rata-rata netizen turut meluahkan rasa simpati memandangkan mangsa merupakan seorang wanita warga emas.

ARTIKEL BERKAITAN: Budak lelaki jatuh laut terselit antara kapal persiaran, jeti

ARTIKELL BERKAITAN: Pertengkaran bertukar tragedi... Lelaki, wanita jatuh dari Jambatan Pulau Pinang

"Allahukahbar, okay tak dia? Moga baik-baik sahaja. Nasib baik air tak pasang tinggi.

"Ya Allah, dah la orang tua. Jatuh pula. Macam mana keadaan dia.

"Allahuakhbar, seriaunya," tulis beberapa netizen.

feri2

Mangsa jatuh ke dalam laut ketika melangkah masuk ke dalam feri untuk ke Pulau Tioman.

Netizen turut mempersoalkan sistem keselamatan yang lemah di terminal itu sehingga ia membahayakan nyawa penumpang.

"Bukanlah nak tunjuk pandai, tapi kalau ada titi kecil atau board untuk lintas, walaupun gap tu tak besar, tapi tentunya ada orang yang perlu terutama anak kecil dan warga emas. Mereka bukan boleh langkah besar-besar macam kita remaja, dewasa atau yang muda ni

"Patutnya kena ada pelantar. Bukan kata warga emas, yang muda pun bahaya kalau terpijak tempat yang salah, jatuh juga nanti," tulis netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain

Bapa Fikry Ibrahim meninggal dunia