MEDIA sosial 'panas' dengan perdebatan warga maya mengenai isu 'childfree' sejak kebelakangan ini. Childfree ialah satu istilah yang merujuk kepada pilihan individu atau pasangan untuk tidak memiliki anak dalam kehidupan mereka. Segelintir pasangan mengambil keputusan untuk tidak mempunyai anak kerana didorong oleh beberapa faktor seperti ekonomi, emosi, tak bersedia memikul tanggungjawab, kesibukan bekerja dan mahu hidup tenang tanpa komitmen anak. Terpanggil untuk mengulas isu berkenaan, seorang bapa kepada lima cahaya mata bernama Saif Suhairi, turut berkongsi pandangannya di Facebook sehingga meraih perhatian netizen. Menurut lelaki berkenaan yang menetap di Amerika Syarikat bersama keluarganya, dia sama sekali tidak merasakan anak merupakan bebanan biarpun kos sara hidup di negara tersebut agak tinggi. Antara pakaian yang diterima daripada kenalan dan jiran. "Dekat USA (Amerika) ni ada anak lebih tiga dah kira level maulana dah. Tapi aku sendiri ada empat anak perempuan (seorang lagi dalam perut) dan seorang lelaki. "Bila aku cakap ada lima orang anak, certain jawapan dari mat salih 'oh wow! Good for you' (nada terkejut) "Tapi tak pernah aku kisah apa orang kata. Ada anak ramai ni blessing kot. Rezeki tu ada je," kongsinya. ARTIKEL BERKAITAN: “Jangan bawa mereka ke dunia” - Wanita minta suami isteri jujur, kalau serba serbi tak mampu lebih baik childfree ARTIKEL BERKAITAN: Rupanya konsep ‘childfree’ makin popular di Malaysia, kahwin tapi tak mahu anak... Suami isteri rasa serabut jika ada zuriat! Lelaki itu turut memberi satu contoh di mana anak-anaknya sering mendapat pakaian yang diberikan oleh kenalannya dan juga isteri. "Semalam, kawan wife aku call suruh ambil baju-baju anak dia. Semua cantik-cantik dan branded. "Minggu sama beberapa hari lalu, jiran kami tercongok depan rumah, dia nak bagi baju cucu dia. Siap call lagi anak dia suruh bagi lagi baju-baju lain. Bukannya kitaorang minta pun. "Baju girls dah berlambak sangat. Semua branded pula tu. Jiran-jiran kami ni orang M40 la kot. Diaorang bagi Zara Kids, Levi's, Old Navy, Carters dan macam-macam brand lagi," kongsinya. Anak bukan beban... anaklah harta yang tidak ternilai dengan harganya walaupun berjuta duit ada. NETIZEN Menyentuh mengenai pilihan segelintir pasangan yang mengamalkan konsep childfree kerana tidak mahu karier terjejas, lelaki ini beranggapan alasan sedemikian sama sekali tidak relevan. "Aku hidup di perantauan 14,000 kilometer jauhnya, handle company ShopShip based di USA, UK, Japan... international lagi dik, tak masuk bisnes-bisnes lain lagi. "Tidaklah nak kata hebat tapi bolehlah menggajikan karier orang lain lebih 20 orang... okay je ada anak lima. Elon Musk manusia paling kaya di dunia pun 12 anak. "Anak Nabi Yaakub 12 orang. Sekarang antara keturunan Nabi Yaakub la yang own the world economy. "Point is, rezeki anak tu, dah ditetapkan. Allah dah cakap dalam al-Quran. Aku tak pernah rasa anak membebankan," tulisnya lagi. Antara sebahagian komen netizen. Perkongsian lelaki berkenaan meraih 283 shares di Facebook dengan rata-rata netizen turut menyokong pandangannya. "Saya anak lima. Suami saya seorang je kerja. Saya suri rumah kerja jaga anak-anak. Alhamdulillah saya pun selalu dapat baju-baju anak dari kawan-kawan. "Anak bukan beban... anaklah harta yang tidak ternilai dengan harganya walaupun berjuta duit ada. "Nikmat ada anak ni Masya-Allah tak terkata. Moga yang belum ada dipermudahkan," demikian antara komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube