suria

Suami isteri ‘hilang’ bersama 6 anak, beberapa hari tak balik... Tuan rumah terkejut, barang penuh tapi berbau busuk!

Rumah sewa perlu dijaga dengan baik sebagaimana diterima. -Gambar hiasan

RAMAI beranggapan pelaburan hartanah sewa adalah kaedah terbaik yang akan memberi pulangan positif dalam jangka masa tertentu kepada pemilik.

Namun realitinya, kebanyakan pelabur terpaksa menanggung kerugian besar apabila rumah 'jatuh' ke tangan penyewa yang tidak bertanggungjawab.

Begitulah yang dialami pemilik sebuah rumah sewa di Sungai Petani, Kedah apabila penyewanya melarikan diri selepas empat bulan mendiami kediaman berkenaan.

Susulan itu, bagi menjejaki penyewanya pelayar wanita ini membuat pendedahan di media sosial.

Kebanyakan rumah sewa dibiarkan dalam keadaan rosak dan kotor. -Gambar hiasan

Kebanyakan rumah sewa dibiarkan dalam keadaan rosak dan kotor. -Gambar hiasan

"Saya mencari orang hilang, selama beberapa hari dah tak balik ke rumah sewa saya... dengar khabar dah dapat rumah cantik siap ada aircond.

"Mungkin seronok sangat sampai lupa nak ambil barang-barang di rumah saya. Good luck kepada tuan rumah yang baru sewakan pada dia.

"Saya doakan dia tak buat 'tahi' dengan tuan rumah baru, kesian tuan rumah," luahnya menerusi hantaran di laman Facebook.

ARTIKEL BERKAITAN: Pakcik menyesal bagi muka! Penyewa cabut lari tinggalkan rumah bersepah, setahun tak bayar sewa sampai hutang lebih RM10,000

ARTIKEL BERKAITAN: Nekad serbu penyewa tak bayar sewa 2 tahun, anak pemilik urut dada tengok rumah jadi port pekerja asing - “Jangan buat naya tuan rumah”

Dia yang menyewakan rumah pada kadar RM700 sebulan berkata, penyewa terbabit merupakan pasangan suami isteri yang mempunyai enam orang anak.

Justeru, dia tidak menyangka rumahnya akan dibiarkan dalam keadaan kotor, bersepah dan busuk.

Bukan itu sahaja, keluarga penyewa tersebut juga meninggalkan barangan peribadi mereka meskipun sudah menyewa di kediaman baharu.

"Saya minta mereka kosongkan rumah 30 Jun lalu, tapi masih bersimpati dan kesian sebab anak ramai... enam orang.

Kebanyakan rumah sewa turut dilengkapi perabot dan kemudahan asas.

Kebanyakan rumah sewa turut dilengkapi perabot dan kemudahan asas.

"Ada sebab kenapa saya minta dia kosongkan rumah dan minta keluar secara baik, tapi tidak diendahkan," tambahnya yang pertama kali menyediakan perkhidmatan sewaan rumah.

Ujar pelayar ini lagi, tujuan posting dibuat adalah untuk meminta jasa baik penyewa terbabit bagi membawa keluar kesemua barang mereka dan membersihkan rumah sebelum 21 Julai ini berikutan segala mesej yang dihantar tidak diendahkan.

Saya cari orang hilang, beberapa hari tak balik ke rumah sewa saya... dengar khabar dah dapat rumah cantik siap ada aircond.

TUAN RUMAH

Turut membuat laporan polis atas kerosakan rumah dan mengambil tindakan perundangan, tambahnya, ia dilakukan selepas penyewa terbabit juga tidak menjelaskan bil utiliti dan membiarkan tunggakan selama empat bulan.

Menjengah ke ruangan komen, terdapat beberapa individu tampil berkongsikan pengalaman seolah-olah rumah mereka turut disewa oleh keluarga yang sama.

"Entah-entah penyewa ni sama dengan penyewa lama rumah kami dulu... anak enam orang juga. Langsung tak bayar sewa, utiliti memang tak bayar langsung. Rumah rosak teruk, kotor sangat, penyewa tu bawa lori.

Warga maya tampil dengan pengalaman masing-masing.

Warga maya tampil dengan pengalaman masing-masing.

"Terbaca komen, penyewa rumah saya dulu pengotor, bawa lori juga. Tahun 2012, rasanya anak dua," ujar beberapa individu.

Dalam pada itu, warga maya meluahkan rasa simpati terhadap wanita ini kerana berhadapan dengan penyewa yang tidak bertanggungjawab sehingga mengalami kerugian.

"Dapat tuan rumah baik, buat 'tahi' pula. Kesian anak-anak ramai tak diajar kebersihan... esok ikut perangai mak ayah pengotor.

"Saya pernah dapat penyewa yang agak teruk, sewa tak bayar setengah tahun kemudian pindah keluar macam tu saja, paling teruk dia letak simen dalam lubang jamban.

"Semoga dipermudahkan segala urusan," ujar beberapa warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan You

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain