suria

Diarah pindah ke tempat kerja jauh dari rumah, wanita terpaksa resign! Sedar bos guna cara ‘halus’ buang staf

Ramai terpaksa 'menghabiskan' masa di atas jalan raya kerana jarak yang jauh dan terperangkap dalam kesesakan. -Gambar hiasan

ADAT apabila bekerja makan gaji, salah satu perkara yang perlu dihadapi oleh golongan pekerja adalah kebarangkalian ditukarkan jabatan atau dipindahkan tempat kerja.

Lazimnya, 'perpindahan' berlaku disebabkan beberapa faktor seperti dinaikkan pangkat, strategi perniagaan atau isu-isu tertentu melibatkan disiplin.

Namun berlainan pula dengan situasi wanita ini yang mendakwa dirinya ditukarkan ke tempat kerja tanpa alasan yang munasabah dan konkrit.

Menerusi luahan di laman TikTok, wanita tersebut yang merupakan staf di sebuah rangkaian pasaraya di Damansara berkata, dia hanya diberitahu bahawa namanya dipilih secara rawak oleh pihak atasan untuk ditukarkan ke cawangan daerah lain.

"Saya pun pelik... tiba-tiba tak ada ribut, tak ada taufan. Diaorang cakap HQ yang pilih nama saya random. Dan wajib pergi tempat diaorang transfer.

kerja 2

Setiap pejabat atau tempat kerja mempunyai cabaran yang berbeza-beza.

"Kejamnya tempat kerja saya. Saya dipindahkan pergi tempat lain yang jauh dari tempat tinggal saya," tulisnya pada perkongsian tersebut.

Menafikan dirinya mempunyai masalah disiplin sehingga arahan sedemikian diambil, wanita tersebut berkata, dia hanya dimaklumkan bahawa ia adalah peraturan syarikat.

"Tapi sekarang diaorang sibuk tengah ambil orang baru dan interview orang baru," luahnya terkilan.

ARTIKEL BERKAITAN: Staf pemalas bagi alasan hujan, lupa bos tahu tempat kerja dekat rumah... Matahari dah keluar tetap menipu nak cuti!

ARTIKEL BERKAITAN: Cuti satu setengah bulan, masuk ofis semula ramai staf resign... Wanita kongsi cabaran kerja di firma audit

Disebabkan lokasi baharu tempat kerja dengan kediamannya agak jauh, wanita itu berkata dia akhirnya mengambil keputusan berhenti kerja biarpun berat hati.

Dia tak boleh berhentikan sebab kena bayar pampasan jadi dia hantar jauh atau buat jadual jadi padat biar kau sendiri resign.

NETIZEN

"Bagi saya jauhlah dari tempat tinggal saya. Bukan senang-senang nak pindah ni.

"Dan saya sekarang pula nak mencari kerja baru. Begini ya cara tempat kerja saya menghargai saya. Terima kasih banyak.

"Satu je doaku moga Tuhan sahaja yang balas perbuatan kamu," luahnya lagi.

Perkongsian videonya sehingga kini meraih lebih 68,000 jumlah tontonan.

komen kerja

Netizen turut berkongsi pengalaman yang hampir sama dengan nasib yang dialami individu berkenaan.

Sementara itu di ruangan komen, rata-rata warga maya memberikan kata-kata semangat kepada wanita tersebut dan mendoakannya dipermudahkan urusan mencari pekerjaan baharu.

"Itulah cara pengurusan nak buang staf. Dia tak boleh berhentikan sebab kena bayar pampasan jadi dia hantar jauh atau buat jadual jadi padat biar kau sendiri resign.

"Itu cara paling 'halus' nak suruh orang lama berhenti.

"Rezeki Allah luas. Ada rezeki lagi baik dekat luar sana. Yang penting rajin usaha," demikian antara komen warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain