suria

Pemuda terharu dapat abang mekanik jujur, selamat RM700! Sayu fikir income tak sekencang bengkel tipu pelanggan

Amal menceritakan pengalaman berkunjung ke sebuah bengkel di ibu kota. -Gambar hiasan (kanan)

KISAH mengenai pelanggan ditipu mekanik atau pemilik bengkel banyak dikongsikan di media sosial.

Biasanya, pelanggan meluahkan rasa terkilan apabila mereka terpaksa membayar berkali ganda atau harga lebih mahal daripada kerosakan sepatutnya.

Berbeza pula dengan kisah dikongsikan oleh seorang pelayar, Amalmnop atau Amal dalam hantarannya di X yang terharu ketika membaiki kereta di sebuah bengkel.

"Bercampur perasaan tengok pomen kereta yang jujur buat kerja. Kawan saya datang masalah absorber, pergi dua hingga tiga bengkel suruh tukar satu set belakang.

Mekanik atau pemilik bengkel perlu bersikap jujur ketika menjalankan tugas. -Gambar hiasan

"Jumpa pomen ni, tukar 'bush' harga berapa puluhan ringgit je selesai," tulisnya dalam ciapan tersebut.

Walaupun berasa lega tidak menjadi mangsa penipuan, namun timbul rasa bersalah dalam diri apabila mengenangkan nasib mekanik berkenaan yang dikenali sebagai Abang Wadie.

Jelas Amal, rakannya hanya perlu membayar RM122 bagi empat bush dan dua stopper yang ditukar.

Tambah Amal lagi, disebabkan berjumpa dengan mekanik jujur ini, rakannya berjaya 'menyelamatkan' RM700 iaitu harga yang diletakkan oleh bengkel terdahulu untuk menukar satu set absorber.

ARTIKEL BERKAITAN: Boleh kempis dompet kalau compressor rosak... Tapi jangan tukar dulu, semak punca lain kenapa aircond tak sejuk

ARTIKEL BERKAITAN: Lega dapat tahu awal! Jangan terburu-buru ganti ‘compressor’ jika pendingin hawa kereta tak sejuk... Mekanik ini ajar cara paling jimat

"Tapi kasihan la sale (untung jualan) jadi rendah. Pelanggan pun gembira la. Tayar kereta pun dah nak botak, boleh la guna duit buat tukar tayar daripada ganti absorber.

"Hari tu pun sama orang datang masalah penyaman udara, pergi tempat lain mungkin buka papan pemuka tukar cooling coil. Dah check, (kerosakan) paip condensor.

"Tapi fikir balik, mungkin mereka sanggup lepaskan sale yang besar demi rezeki yang lebih berkat. Dapat bina kepercayaan orang, mungkin orang akan datang lagi jadi 'long-term customer'," katanya.

Dalam hantaran tersebut, Amal turut menunjukkan dua unit 'bush' yang ditukar oleh mekanik yang bengkelnya terletak di Pandan Indah, Kuala Lumpur ini.

Mantap bang. Pemilik bengkel macam ni kami nak dan akan hadir ke bengkel dia.

NETIZEN

Malah, pengalamannya ini membuatkan dirinya lebih sedar untuk berusaha mendapatkan keberkatan dalam mencari rezeki.

"Dan boleh jadi, ini teguran dan peringatan dari Allah untuk saya juga hal cari rezeki ni.

"Kalau anda berada di kawasan Kuala Lumpur dan Selangor ada masalah kereta, tak perlu takut boleh hubungi dia.

"Pemeriksaan dilakukan secara percuma dan kalau lepas semak ada masalah pun dia akan terangkan satu persatu, berapa kos, dan tak paksa pun baiki dengan dia," katanya.

Perkongsian Amal turut dibanjiri komen netizen.

Posting dikongsikan ini ternyata meraih perhatian ramai apabila mereka memuji sikap mekanik itu yang tidak mengambil kesempatan terhadap pelanggan.

"Mantap bang. Pemilik bengkel macam ni kami nak dan akan hadir ke bengkel dia.

"Terima kasih bang. Susah nak cari orang jujur sekarang. Lagi-lagi kira orang perempuan takut kena tipu. Gigih la nak cari bengkel sampai kena ajak kawan lelaki semata tak nak kena tipu lagi," komen beberapa netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain