suria

Pernah beri amaran ada gangguan IT global, rupanya betul-betul jadi! Pemuda dakwa ramalan tepat

Gangguan IT global memberi kesan terhadap perkhidmatan penerbangan di seluruh dunia. -Gambar hiasan

GANGGUAN perkhidmatan teknologi maklumat (IT) global, Microsoft-CrowdStrike pada Jumaat menyebabkan banyak perkhidmatan penting tergendala di seluruh dunia.

Perkhidmatan utama seperti bank dan hospital bukan sahaja terjejas, malah jadual penerbangan juga terganggu sehingga mengakibatkan lapangan terbang sesak.

Di sebalik kekecohan akibat gangguan besar-besaran itu, seorang pemuda tempatan mendakwa dia telah memberi amaran tentang gangguan tersebut, sehari awal pada Khamis.

System down at KLIA 2. — MUHAMAD SHAHRIL ROSLI/The Star

KLIA2 turut terjejas ekoran gangguan IT global pada Jumaat.

"Baru semalam aku pesan, hari ini betul-betul jadi. Kau ingat aku melawak ke? Kau ingat ni benda main-main ke?

"Dulu aku beritahu tentang vaksin pun korang ketawakan aku. Berjuta dah mati. Gelak la lagi," tulis individu itu pada Jumaat.

Semakan di akaun TikTok individu berkenaan mendapati dia ada memuat naik hantaran mengenai gangguan siber pada Khamis, sehari sebelum ia berlaku pada Jumaat.

ARTIKEL BERKAITAN: KLIA2 sesak! Ramai terpaksa beratur panjang, daftar masuk terjejas akibat gangguan IT global

ARTIKEL BERKAITAN: Percaya Covid-19 teori konspirasi, wanita hamil menyesal selepas diri sendiri dijangkiti virus

Dalam beberapa siri perkongsian pada Khamis, dia memberi pesanan kepada orang ramai membuat pengeluaran semua wang dan menukarnya kepada emas untuk disimpan sendiri bagi menghadapi kecemasan.

"Economy crash akibat cyber attack ke atas bank-bank dunia dijangka suku ketiga hingga keempat tahun ini untuk mewujudkan dan mula central bank digital currency (CBDC) wang digital.

"Tip menghadapi cyber attack, economy crash. Keluarkan semua duit. Tukar kepada precious metal (emas perak) save sikit cash dalam tilam, bantal, dalam tanah atau siling," tulisnya lagi.

Aku hanya sampaikan apa yang aku rasa.

PEMUDA TIKTOK

Dalam satu lagi hantaran berasingan, individu itu mendakwa dia membuat analisa berdasarkan bacaan berita di seluruh dunia tentang ekonomi semasa.

"Aku membaca, menganalisa berita dunia, YouTube luar negara tentang ekonomi, perang, wabak iklim. Kau tak percaya, tiada masalah. Aku bukan jenis baca politik, bola, artis kat Malaysia ni.

"Kajian firasat aku bukan nak kau tinggalkan solat, ibadah puasa. Malah, aku nak kau lagi kejar rahmat Allah. Firasat aku hanya pesanan dan peringatan, bukan fakta.

gangguan3

Dakwaan individu itu di TikTok sehari sebelum gangguan IT global.

"Aku bukan kasyaf, aku bukan peramal, aku bukan gifted. Aku hanya sampaikan apa yang aku rasa. Jangan 100 peratus follow aku," ujarnya lagi.

Untuk rekod, Malaysia merupakan antara negara yang turut terjejas ekoran gangguan IT global pada Jumaat.

Susulan itu, ramai penumpang terpaksa beratur panjang di kaunter daftar masuk di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 2 (KLIA2), Sepang, berikutan gangguan berkenaan.

AirAsia turut mengumumkan pengembara mungkin mengalami daftar masuk yang lebih perlahan dan giliran lebih panjang disebabkan oleh isu IT global yang memberi kesan kepada sistem tempahan dan daftar masuk terasnya.

Sebagai peringatan, kepercayaan yang mengandungi unsur khurafat dan tahyul adalah bercanggah dengan akidah Islam.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain