GOLONGAN wanita pada masa kini cenderung memilih untuk bekerja dan mempunyai pendapatan sendiri. Namun tindakan itu ternyata mendatangkan rasa rendah diri dan memberi tekanan terhadap suami apatah lagi gaji si isteri lebih besar dan berpangkat tinggi. Begitulah yang terjadi dalam rumah tangga seorang yang kerap 'makan hati' gara-gara sikap isterinya yang lebih hebat dalam kerjaya berbanding dirinya. "Kadang terasa hati dengan isteri. Dia kerja hebat daripada saya. Bila balik kerja dia tak ada datang ke saya, dia terus masuk bilik dan main telefon scroll media sosial. Tekanan dirasai sesetengah suami yang isterinya bergaji lebih besar. -Gambar hiasan "Saya WFH (work from home), kadang sehari tu hanya berapa patah perkataan je keluar dari mulut saya sebab tak tempat untuk berborak, kadang bercakap sorang-sorang. "Dia seorang yang tak boleh ditegur, kalau tegur atau nasihat je mesti dia akan bidas semula. Bila ditegur dia akan bad mood, kadang dekat dua minggu dia masam muka," ujarnya dalam grup Ragam Rumah Tangga di Facebook. Cubaan lelaki ini untuk menyelamatkan rumah tangga dengan memberi teguran juga gagal apabila isterinya tidak mengendahkan nasihat yang diberikan. Situasi yang perlu dilalui ini membuatkan dia berasa sedih, malah impian sebelum berkahwin untuk memiliki isteri yang suka bermanja dan bergantung harap kepadanya musnah begitu sahaja. ARTIKEL BERKAITAN: Isteri kawal ketat duit gaji 5K suami... Tetapkan RM6 sehari makan di kantin, enggan beri belanja bulanan untuk mentua ARTIKEL BERKAITAN: Suami kerja kuat demi famili, gaji 40K tapi isteri 3 kali kantoi curang! Nafkah sebulan 8K, kemewahan bukan jaminan setia Bagaimanapun, dia menganggap segala yang terjadi ini sebagai ujian rumah tangga., "Betul la orang kata ada sesetengah perempuan kerja hebat dari suami, mereka rasa terpaling betul, ego tinggi, rasa mereka boleh hidup tanpa suami. "Mereka tak kisah nak gaduh dengan suami sebab tahu boleh cari makan sendiri. Sepanjang pernikahan kami boleh dikatakan tak lebih 10 kali dia berperwatakan manja dengan suami. "Sebelum kahwin saya terbayang isteri yang boleh bergurau senda, suka berada di sisi suami, selalu rindukan suami dan boleh terima teguran dan nasihat. Tapi semua tu tidaklah terjadi seperti apa yang diimpikan," katanya. Lelaki yang baik macam ni ramai janda dan anak dara idamkan. NETIZEN Hantaran lelaki ini meraih perhatian netizen yang memberikan pendapat serta pandangan masing-masing. Rata-ratanya mencadangkan supaya lelaki ini cuba berbincang dan memahami isi hati isterinya agar dapat menyelamatkan rumah tangga mereka. Dalam pada itu, ada juga warga maya yang memahami perasaan lelaki ini apabila memiliki pasangan lebih berjaya dalam kerjaya. Komen netizen di Facebook. "Lelaki yang baik macam ni ramai janda dan anak dara idamkan. Pakai konsep pinggan tak retak, nasi tak dingin jela abang oi. "Tak tahu la mungkin betul la kot wanita lebih bekerjaya dari suami, ramai orang kata berlagak sikit sebab gaji besar dan jawatan lebih tinggi. "Apa kata tuan pula berperwatakan manja dengan isteri sepertimana tuan nak bini jadi. Kadang kita salahkan isteri sedangkan kita sendiri buat apa yang isteri minta," komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube