suria

12 tahun tiada zuriat, suami nak kahwin lagi walau ada anak tiri... Isteri pertama mahu tunai umrah sama tarikh nikah madu

Wanita yang dicurangi biasanya akan membawa diri bagi mengubati luka di hati. -Gambar hiasan

TANPA diduga, sambutan Awal Muharam pada 7 Julai lalu menjadi detik memilukan buat seorang wanita apabila suaminya meluahkan hasrat untuk berkahwin lain.

Hakikat yang pahit untuk ditelan, keputusan suaminya yang mengejutkan dibuat kerana mereka tidak dikurniakan zuriat sejak 12 tahun mendirikan rumah tangga.

Namun menurut wanita itu, dia sebenarnya mempunyai seorang anak hasil perkahwinan terdahulu, sekali gus membuktikan dia tiada masalah kesuburan sebelum ini.

Children looking for porn sites on tablet.

Pasangan yang berkahwin pastinya mengimpikan kehadiran cahaya mata. -Gambar hiasan

"Kami 12 tahun tunggu zuriat. Suami minta kahwin lain pada awal Muharam tempoh hari. Sebab dia tak percaya yang dia tak ada zuriat sendiri.

"12 tahun bersabar. Ini perkahwinan kedua saya. Sebelum ini saya ada seorang anak. Saya terima je ujian ni, cuma saya terkilan.

"Anak saya pun dah berumur 23 tahun. Memang saya fikir dengan umur saya sekarang nak hidup tenang selapangnya sahaja. Moga Allah permudah urusan saya," luah wanita itu di TikTok.

Saya cakap dekat suami, saya nak tiket umrah sama tarikh dia kahwin.

PENGADU

Bercerita lanjut, wanita berkenaan memberitahu, dia dan suami pernah membuat pemeriksaan pakar dan mendapati kedua-duanya tidak mempunyai sebarang masalah kesuburan.

Malah, mereka juga pernah mencuba pelbagai rawatan alternatif, namun belum dikurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata.

"Kami dah buat pemeriksaan pakar, kami berdua normal. Kami dah jumpa pakar, pergi ubat kampung, jumpa ustaz, pergi berurut. Beli ubat dan susu. Tetap belum ada rezeki.

"Dan hari tu dia cakap ikhtiar terakhir adalah cari perempuan lain. Sebab dia rasa kalau kahwin perempuan lain, dia akan ada anak," ujarnya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami baru kahwin lain, isteri pertama bawa 2 anak tidur di masjid selepas diusir dari rumah sewa! Ustaz sempat bantu, esok cari dah hilang

ARTIKEL BERKAITAN: Suami nikah sahabat, wanita hidup terkontang kanting tak diberi nafkah! Berhabis 50K buat majlis kahwin boleh pula

Menerusi ruangan komen di TikTok, wanita itu memaklumkan dia merancang untuk mengerjakan umrah ketika majlis perkahwinan suaminya.

"Saya setiap hari memikirkan macam mana nak sempurnakan kehendak dia untuk ada anak. Bukan saya tak mahu, apakan daya. Allah jua yang memberi rezeki zuriat itu.

"Saya cakap dekat suami, saya nak tiket umrah sama tarikh dia kahwin," ujar wanita itu.

ttc3

Ketiadaan zuriat menjadi salah satu punca penceraian. -Gambar hiasan

Sementara itu, rata-rata warga maya menzahirkan rasa simpati terhadap wanita malang itu di samping memberikan sokongan agar dia sabar menempuh dugaan rumah tangga.

"Sabar sis, setiap apa yang berlaku Allah dah rancang. Saya ada anak ramai pun Allah uji suami nikah lagi.

"Maksudnya awak memang subur sebab ada anak. Yang masalah mungkin suami.

"Mungkin sis tiada masalah sebab pernah ada anak sebelum ini," ujar beberapa netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain