suria

Akak jual kuih senyap-senyap halang ‘masuk’ pasar malam! Tak percaya konsep rezeki, rakan peniaga dituduh punca jualan merosot

Pelbagai jenis kuih-muih antara yang dijual di pasar malam. -Gambar hiasan

PERSAINGAN menjadi lumrah orang berniaga, termasuk menjual produk atau makanan yang sama dalam satu kawasan perniagaan terutama di tapak bazar atau pasar malam.

Selain bergantung harap pada konsep ‘rezeki daripada Allah’, setiap peniaga tampil dengan pelbagai strategi tersendiri bagi melariskan jualan masing-masing.

Namun, terdapat segelintir peniaga yang bimbang jualan mereka merosot apabila terdapat ‘persaingan’ sehingga ada yang sanggup melakukan perkara tidak sewajarnya.

Tangkap layar mesej yang dihantar seorang peniaga wanita.

Menerusi hantaran tular, seorang lelaki berkongsi tangkap layar mesej yang diterimanya daripada rakan peniaga yang memintanya berhenti berniaga.

Bukan sekadar itu, individu tersebut juga mendakwa jualan mereka merosot selepas lelaki berkenaan didakwa turut berniaga sama dengan produk yang dijualnya.

“Saya nak cakap sikit... esok pasar malam XXXX hari Isnin mohon sangat tak payah masuk (berniaga).

ARTIKEL BERKAITAN: Pelanggan T20 selamba ambil durian ‘free’ lepas dipelawa, tak faham sindiran peniaga sebab minta diskaun tak masuk akal

ARTIKEL BERKAITAN: Sebak tengok ibu muda dukung anak berniaga pasar malam... Paling sedih untung tak seberapa, tapi pelanggan asyik minta diskaun

“Mohon bagi laluan kami berniaga, sebab kuih sama. Amat terkesan kami, harap bagi kerjasama,” ujar peniaga wanita itu.

Terkesan dengan mesej yang diterima, lelaki itu meminta pandangan warga maya sama ada dia menutup periuk nasi peniaga lain ataupun sebaliknya.

Tak perlu ikut permintaan macam tu, lumrah persaingan dalam perniagaan.

WARGA MAYA

Pada masa sama, dia turut menafikan gerainya menjual makanan yang sama sebagaimana didakwa peniaga wanita terbabit.

“Salam madani warga Kuantan (Pahang), pendapat warga Kuantan apa agaknya?

“Sesungguhnya menu tak ada satu pun yang sama cuma kategori kuih contoh makcik ni donat gula, kami keria dan sebagainya... tak ada satu pun menu kami sama,” luahnya lagi.

Pelbagai jenis kuih boleh dijual mengikut kebolehan peniaga. -Gambar hiasan

Beraneka kuih dijual bagi menarik perhatian pelanggan. -Gambar hiasan

Perkongsiannya itu mendapat perhatian warga maya. Rata-ratanya bersimpati dengan nasib lelaki itu kerana sewenang-wenangnya dituduh menutup pintu rezeki peniaga lain meskipun menjual menu makanan berbeza.

“Dia tak percaya rezeki daripada Allah atau mungkin terlampau banyak komitmen.

"Kalau kuih yang sama, eloklah cari tapak lain untuk berniaga... kesian peniaga yang dah ada lama kat situ.

“Abaikan je mesej tu, rezeki daripada Allah. Jualan masing-masing, yang penting sedap dan bersih.

“Tak perlu ikut permintaan macam tu, lumrah persaingan dalam perniagaan... lagipun jualan kuih tak sama,” ujar beberapa warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain