SUDAH banyak perkongsian dipaparkan di media sosial mengenai luahan individu yang terjerat hutang jangka panjang gara-gara terlalu 'baik hati' membantu ahli keluarga atau kenalan. Dalam satu hantaran di laman Facebook, seorang wanita berada dalam dilema apabila kakak ipar meminta bantuan menggunakan namanya bagi membuat permohonan Rumah Mesra Rakyat. Menurut wanita yang tidak mendedahkan identiti itu, dia berat hati bukan saja kerana memikirkan kemungkinan risiko yang bakal dihadapinya, tetapi sikap kakak iparnya yang bermulut 'laser' membuatkan dia berfikir berkali-kali untuk menuruti permintaan tersebut. Ramai yang terjerat dek hutang gara-gara diambil kesempatan oleh ahli keluarga. -Gambar hiasan "Saya terasa hati dengan ayat salah seorang kakak ipar saya masa mula-mula suami beli rumah kami yang kami duduk sekarang ni. "Dia tanya 'kenapa tak letak penama rumah kami atas nama mak ayah? Kenapa nak letak atas nama saya sebagai isteri?' "Sampai sekarang saya memang terasa hati dengan ayat kakak ipar saya tu. Kalau jumpa saya okay je," luahnya. ARTIKEL BERKAITAN: Kakak tergamak jual foto adik pakai tak sopan, abang pula penagih tegar... Wanita sedih terpaksa pilih buang keluarga ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki menyesal berjiran dengan adik-beradik, akhirnya jual rumah gara-gara kakak ipar toksik! Kasihan isteri selalu disindir Namun dalam masa yang sama, wanita tersebut mengakui bimbang dipandang serong oleh keluarga mentuanya sekiranya dia menolak untuk membantu kakak iparnya itu. "Saya tak nak family mentua saya pandang saya sebagai orang yang tak boleh nak membantu. "Kalau jadi apa-apa dekat suami, saya macam dah nampak arah tuju saya kena halau nanti. Tak tahulah," luahnya, buntu. Tolak dan jauhkan diri. Bab harta ni tak boleh buat main. Silap-silap diri yang melingkup penuh hutang dan beban. NETIZEN Sudah berterus terang mengenai pendiriannya secara baik, namun ujar wanita itu, kakak iparnya masih tidak berputus asa mendesak bantuan daripadanya. "Kakak ipar masih tak nak mengalah. Masih memujuk untuk gunakan nama saya untuk apply Rumah Mesra Rakyat atas tanah dia. Walaupun saya dah menolak banyak kali. "Isu nak pinjam nama untuk buat rumah ni saya jadi sensitif. Terngiang je ayat kakak suami saya tu. Jangan kerana saya seorang suri rumah senang-senang nak pergunakan saya. "Saya memerlukan pandangan semua," ujarnya lagi. Rata-rata netizen menasihatkan wanita berkenaan agar menolak permintaan kakak iparnya. Sementara itu menjengah ruangan komen, rata-rata netizen menyarankan supaya wanita berkenaan terus mempertahankan pendiriannya supaya tidak berlaku isu lain di kemudian hari. "Jangan bagi... saya dulu jadi penjamin kedua pinjaman orang belajar MARA. Sekarang ni nk apply rumah pertama yang subsale pun tak lepas sebab ade CTOS. Bukan saya yang pinjam. "Tolak dan jauhkan diri. Bab harta ni tak boleh buat main. Silap-silap diri yang melingkup penuh hutang dan beban. "Loan rumah ni makan puluh tahun... bila sangkut, jadilah seribu alasan. Biar gaduh sekarang daripada bergaduh kemudian hari," demikian komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube