suria

Bengang peniaga tak bagi sambal, pelanggan beri rating 0 untuk rider! Enggan dengar alasan, anggap kedua-dua pihak salah

Seorang rider berkongsi pengalamannya berdepan dengan seorang pelanggan yang cerewet. -Gambar hiasan

MUNGKIN bagi kebanyakan orang, tugas seorang penghantar makanan atau rider amat mudah.

Disebabkan itu, tidak hairanlah ada segelintir pelanggan cenderung untuk memandang rendah kepada golongan rider.

Sebagaimana satu hantaran yang dimuat naik di Facebook, seorang rider berkongsi pengalamannya berdepan kerenah seorang pelanggan yang membuat pesanan makanan.

"Mohon bagi satu dua kata-kata untuk customer terpaling always right ni," tulisnya pada kapsyen yang mengiringi sekeping gambar tangkap layar perbualannya dengan pelanggan berkenaan.

Menerusi tangkap layar perbualan di aplikasi sistem pesanan makanan tersebut, pelanggan berkenaan mengadu satu item di dalam pesanannya tercicir.

customer 1

Tangkap layar perbualan rider dengan pelanggan berkenaan. -Gambar hiasan (kanan)

"Sambal tak ada," tulis pelanggan berkenaan.

"La ye ke? Try call vendor," demikian jawapan yang ditulis rider tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: “Masuk bilik saya, 106” - Iman rider diuji, ditawar ‘nikmat duniawi’ waktu kerja... Pelanggan nak bayar makanan dengan maruah pun ada!

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita tak mahu terima minuman dihantar ‘rider’ OKU bisu, nak buat tempahan baru! - “Saya suruh hantar balik tapi dia tak faham”

Bagaimanapun, pelanggan tersebut enggan mencuba penyelesaian dicadangkan rider berkenaan kerana menyifatkan kesilapan tersebut bukan berpunca daripada dirinya.

Customer macam ni layak kena ludah. Pakej kahak hijau sekali... buat rider macam hamba pula.

NETIZEN

"Saya kena call vendor? Memang dapat 0 star la," ugut pelanggan berkenaan.

"Ya bang. Bukan salah saya. Bukan saya yang packing. Kerja saya hantar," demikian jawapan balas rider berkenaan.

"Ya. Tapi semua tu dalam satu pakej. Kedua-dua pihak terlibat. Customer is always right," tegas pelanggan itu lagi yang enggan mengalah.

Namun tidak dapat dipastikan pengakhiran situasi berkenaan kerana rider tersebut tidak membuat ulasan lebih lanjut.

komen customer

Reaksi warga maya terhadap perkongsian rider berkenaan.

Bagaimanapun perkongsian rider tersebut mengundang perhatian warga maya yang rata-ratanya melontarkan kecaman dan meluahkan rasa geram dengan sikap pelanggannya.

"Customer macam ni layak kena ludah. Pakej kahak hijau sekali... buat rider macam hamba pula.

"Memang dua-dua terlibat tapi rider tak ada hak untuk buka packaging yang vendor dah siapkan. So kalau sambal tak ada atau apa, salah vendor.

"Aku pun pernah dapat customer complain sayur tak ada, telur tak ada. Apa ban**** complain dekat rider buat apa?" demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain