suria

Tragis, kucing kesayangan meronta sebelum dimakan harimau! Pemilik risau lepas ni orang kampung pula kena baham

Abang Qish bersama Petra yang dipelihara sejak 4 tahun lalu. -Foto kiri

LULUH hati seorang wanita apabila melihat video kucing kesayangannya dibawa lari sebelum dibaham seekor harimau.

Menerusi satu hantaran dikongsikan Balqish Musa, dia menunjukkan rakaman ketika kucing baka parsinya digonggong sambil dilarikan oleh haiwan berkenaan, dipercayai harimau akar.

Dia yang mesra disapa Qish berkata, video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) tersebut dikirim oleh ahli keluarganya dan dimuat naik di TikTok pada Selasa.

"CCTV rumah mama dan abah (ibu bapa Qish). Anak harimau kumbang atau akar masuk rumah, makan kucing.

Tangkap layar CCTV menunjukkan kucing Qish dilarikan haiwan liar itu.

"Petra kesayangan kak Qish dalam kenangan. Hati-hati yang duduk kampung tu," ujarnya.

Dia yang berasal dari Kampung Tersusun Salak, Sungai Siput di Perak, berkata Petra merupakan haiwan yang dibela sejak empat tahun lalu.

Dalam rakaman CCTV itu, jelas kelihatan Petra meronta-ronta cuba melepaskan diri daripada digigit oleh harimau yang berada di atas pagar rumah Qish.

Video yang meraih lebih 700,000 jumlah tontonan itu ternyata mendapat pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya bersimpati dengan nasib kucing yang menjadi mangsa haiwan liar berkenaan.

Jika diteliti ruangan komen, rata-rata netizen mendakwa haiwan liar berkenaan adalah harimau akar, melihat kepada saiznya.

"Tu bukan anak (harimau). Memang dah bapa (saiz dewasa) harimau akar. Harimau akar memang kecil tak besar pun.

ARTIKEL BERKAITAN: Rumah kosong, semua barang dirompak! Pemuda lega kucing kesayangan selamat, pandai sembunyi walau ketakutan

ARTIKEL BERKAITAN: Perjalanan akhir kucing kesayangan... Wanita cuba suap makanan kegemaran tapi tiada respons - “Badan Lilo sudah keras”

"Dua je... tak harimau akar, kucing hutan. Cuba kesan tengok laluan dia. Kemungkinan meninggalkan kesan tapak.

"Peh... kena dekat kucing saya ni mau meraung kot. Sudah la jenis saya ni hati tisu. Lagi-lagi bab kucing," komen netizen.

Dalam satu hantaran baharu dibuat Qish, dia meluahkan rasa terkilan dengan pihak berkuasa selepas membuat aduan.

Kadang-kadang kita rasa dalam rumah pun dah tak selamat.

BALQISH

"Apabila sudah jadi macam ni, baru semua tercari-cari peralatan tak cukup. Kena tanggung dulu sebab jerat sudah habis. Boleh pula tunggu giliran.

"Risiko orang kampung yang kena tanggung. Mungkin sekarang jadi dekat haiwan peliharaan. Kita risaukan keadaan orang sekeliling. Bayangkan budak-budak main dekat luar.

"Jangan sampai benda teruk jadi baru nak menyesal," kata wanita itu.

Susulan hantaran tular itu, Qish menjelaskan ia dibuat bertujuan untuk memberi kesedaran kepada orang kampungnya.

Komen netizen di TikTok.

Namun, dia tidak menyangka video tersebut mendapat perhatian ramai yang bersimpati dengan nasib kucing kesayangannya.

"Saya kongsikan untuk orang kampung lebih berjaga-jaga dengan keadaan sekeliling selagi haiwan tu bebas.

"Kadang-kadang kita rasa dalam rumah pun dah tak selamat. Sebab harimau boleh masuk dalam halaman rumah.

"Pagar rumah ibu bapa saya sebenarnya tinggi juga. Tapi tak sangka binatang tu boleh panjat," katanya kepada mStar.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain