suria

Buat loan 60K bantu langsai hutang sahabat, tapi pengorbanan tak dihargai... Pemuda ini merana bayar bulanan bank

Setiap urusan melibatkan wang ringgit perlu mempunyai perjanjian untuk mengelakkan isu bangkit. -Gambar hiasan

SEGELINTIR individu menganggap sahabat baik sama seperti ahli keluarga sendiri sehingga sanggup berkorban apa sahaja demi mereka.

Namun, seperti yang sering dipesan oleh orang tua-tua, buat baik biarlah berpada-pada.

Dalam satu hantaran di Facebook, seorang individu tampil berkongsi kisah di mana dia tersilap langkah gara-gara terlalu baik hati dan berbaik sangka terhadap rakan baik sehingga akhirnya makan diri sendiri.

"Rakan baik saya berhutang dengan ah long pada awal tahun lepas dan dia tidak dapat bayar akibat bisnes kecil-kecilan dia merudum.

"Pelbagai gangguan dilakukan sehingga dia depression.

"Saya sebagai rakan dari kecil tidak sampai hati dan telah buat personal loan sebanyak RM60,000," tulisnya dalam hantaran berkenaan.

pic 1

Isu hutang boleh menyebabkan hubungan adik-beradik atau sahabat berantakan. -Gambar hiasan

Mengakui sedar tindakannya boleh dikatakan agak bodoh, namun individu berkenaan berkata dia berniat baik mahu membantu sahabat yang berada dalam kesusahan.

"Loan lulus dan duit telah diberikan kepada kawan saya untuk settlekan hutang ah long.

"(Saya) telah berbincang dengan dia untuk bayar saya bulan-bulan dengan jumlah sekian-sekian untuk saya bayar kepada bank," kongsinya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita batal majlis, bakal suami kena tangkap basah seminggu sebelum nikah! Bengang BFF sanggup rahsia kecurangan

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita tak suka dengar sahabat beri pendapat jujur, ‘sentap’ jika teguran tak berlapik... Perlu jaga hati walau dah lama kawan

Beranggapan bahawa rakan baiknya akan menghargai bantuan yang diberikan dengan membayar kembali pinjaman wang tersebut, namun sangkaannya meleset sama sekali.

Menurut individu berkenaan, rakan baiknya langsung tidak membayar kembali wangnya malah memberikan pelbagai alasan untuk mengelak.

Silap bro juga dulu tak ada buat apa-apa hitam putih, memang dia buat 'dek' je. Boleh try upah lawyer.

NETIZEN

"Saya bayar kepada bank seperti biasa kerana saya masih mampu. Sehingga sekarang tiada usaha dilakukan untuk membayar saya walaupun bisnes kembali okay.

"Sehingga ada sedikit perbalahan telah berlaku. Kepada yang pakar, adakah cara lain untuk kawan saya ni bayar tanpa sebarang argument?

"Walaupun saya bayar tiap bulan, tetap saya berasa sedikit sakit hati kerana hal ini. Dan kadang-kadang saya reda," luahnya lagi.

komen loan

Sebahagian daripada reaksi warga maya.

Hantaran berkenaan mengundang perhatian warga maya dengan rata-ratanya menyifatkan individu berkenaan terlalu baik sehingga senang diambil kesempatan oleh orang lain.

Dalam masa yang sama, netizen turut tampil memberi pelbagai saranan bagi mengatasi masalah yang dihadapi individu berkenaan.

"Silap bro juga dulu tak ada buat apa-apa hitam putih, memang dia buat 'dek' je. Boleh try upah lawyer.

"Nasi dah jadi bubur. Only way awak nak sabitkn kawan dengan hire peguam. Awak kena buktikan yang awak bagi dia pinjam duit.

"Caranya minta lawyer keluarkan notis tuntutan kepada si rakan tersebut," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain

Pelakon Lan Zailan meninggal dunia