suria

Staf baru kerja bengang HR tak beri keistimewaan, ‘kedekut’ pelepasan khas... Nak konvo kena mohon AL!

Ketetapan syarikat perlu dipatuhi tanpa kompromi. -Gambar hiasan

SETIAP syarikat mempunyai budaya dan cara kerja yang berbeza.

Salah satunya adalah jabatan pengurusan sumber manusia (HR) yang bertanggungjawab menyelaras program berkaitan staf serta melatih pekerja untuk jawatan tertentu.

Antara perkara lain yang juga di bawah bidang kuasa HR adalah pengurusan cuti, yang ada kalanya boleh menjadi rumit terutama apabila melibatkan hal peribadi dan kecemasan.

Kebanyakan pekerja generasi muda dikatakan naik lemak apabila majikan berlembut. -Gambar hiasan

Melalui satu posting tanpa nama di laman X, seorang individu meluahkan rasa kesal apabila hari konvokesyen yang ditunggu-tunggunya 'dirosakkan' oleh polisi HR.

Menurutnya, dia berat hati untuk menggunakan cuti tahunan untuk acara itu dan meminta pelepasan HR supaya diberikan cuti khas.

"Aku ni baru habis pengajian diploma dan sudah bekerja, Yang menjadi persoalan aku sekarang ni, aku tak lama lagi akan hadiri konvokesyen, aku cuba minta special leave (cuti khas) daripada syarikat.

ARTIKEL BERKAITAN: Staf pemalas bagi alasan hujan, lupa bos tahu tempat kerja dekat rumah... Matahari dah keluar tetap menipu nak cuti!

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai mengeluh kerja dengan Gen Z! Manja, ditegur cepat sentap... Tahu-tahu resign, sindir senior di media sosial

"Tapi tak dapat, HR suruh aku pakai annual leave (cuti tahunan). Kenapa eh macam ni?" soal individu tersebut kurang berpuas hati.

Untuk makluman, cuti khas adalah pelepasan yang tidak tertakluk di bawah cuti tahunan, cuti sakit, cuti bersalin, cuti ihsan dan cuti kecemasan.

Cuti khas boleh digunakan misalnya ketika seseorang staf itu hendak berkahwin.

Menjengah ke ruangan ciapan balas, warga maya berbincang tentang kewajaran menggunakan cuti khas bagi tujuan konvokesyen.

Memang kena ambil cuti tahunan la jawabnya, tiada syarikat yang baik hati nak layan kita punya urusan peribadi.

WARGA MAYA

"Awak punya konvokesyen tu tak bermakna pun buat syarikat, memang tidaklah mereka nak bagi cuti khas untuk perkara seremeh itu. Kalau nak pergi, silakan ambil annual leave, itu memang hak anda.

"Kena tengok juga pada syarikat, macam tempat lama aku dulu, memang ada disediakan cuti istimewa untuk konvokesyen. Bersyukur sangat kami fresh graduate diraikan.

Pelayar bertukar pandangan.

"Kalian ni biar betul guna cuti tahunan semata-mata untuk konvokesyen, aku dulu pagi singgah kejap ambil skrol dekat dewan, lepas tu petang terus masuk kerja.

"Memang kena ambil cuti tahunan la jawabnya, tiada syarikat yang baik hati nak layan kita punya urusan peribadi," demikian kata sebahagian warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain

Pelakon Lan Zailan meninggal dunia