suria

Cinta suami, bini kedua sangat utuh... Isteri pertama mengalah, dah cuba hidup bermadu tapi gagal

Tidak ramai wanita rela hidup bermadu- Gambar hiasan

TIDAK semua yang bergelar isteri sanggup dimadukan atau hidup dalam dunia poligami.

Apatah lagi sekiranya suami membuat keputusan sendiri, memutuskan untuk berkahwin dua tanpa kerelaan isteri.

Menerusi aplikasi Thread, seorang wanita berkongsi kisah hidup rumah tangga kawan baiknya yang hancur disebabkan kehadiran orang ketiga yang juga dilabel sebagai penyondol.

553

Isteri pertama gagal hidup bermadu selepas mencuba. -Gambar hiasan

"Aku nak kongsikan cerita yang menyayat hati tentang kawan baikku. Suaminya, yang dulu penyayang dan setia, kini jatuh cinta dengan perempuan lain.

"Hakikatnya sebelum kehadiran orang ketiga, keluarganya bahagia sempurna dengan anak- anak," ujarnya dalam perkongsian tersebut.

Lebih membuatkan dia geram, wanita penyondol itu sudah berkahwin dan mempunyai dua anak.

Disebabkan cinta mereka terlalu utuh walaupun menjalinkan hubungan terlarang, wanita itu telah diceraikan oleh suaminya kerana tidak sanggup menanggung dosa isterinya mencintai lelaki lain.

ARTIKEL BERKAITAN : Hampir 2 dekad kahwin, wanita baru tahu dah 3 tahun dirinya dimadukan! Famili mentua bantu suami sorok pernikahan

ARTIKEL BERKIATAN : Sedang angau bercinta, suami ‘warning’ isteri jangan ‘usik’ ex-GF! Ugut halau anak, mak mentua sakit keluar rumah

"Cinta yang tak boleh dihalang walaupun perempuan tu sudah ada suami dan dua anak sanggup lagi pilih suami kawan aku ni.

"Akhirnya, suami perempuan tu ceraikan dia (sebab suaminya cakap tak sanggup dah tanggung dosa isteri cinta lelaki lain).

"Lepas tu, suami kawan aku ini pun kahwinilah kekasih gelapnya dengan pengetahuan kawan aku," katanya.

Kalau dia reda tak apa sis. Semoga dipermudah urusan. Semoga dia dapat pengganti yang lebih baik.

WARGA MAYA

Di peringkat awal perkahwinan, sahabatnya itu berusaha juga menerima kehadiran madunya tapi lamakelamaan dia mengalah kerana tidak mampu menahan amarah terpendam dalam hati.

Menurutnya lagi, kawan baiknya juga sudah reda dengan ujian yang menimpa dan memilih penceraian sebagai jalan terbaik.

"Dia reda dengan ujian yang menimpa.

"Tapi sekarang, dia pilih bersendiri dengan anak- anak walaupun awalnya cuba terima ‘madu’ tapi akhirnya dia mengalah," ujarnya.

Perkongsian tersebut menjadi tular sekali gus meraih pelbagai pendapat dan reaksi netizen.

Rata-rata memberikan kata-kata semangat kepada wanita berkenaan untuk membina kehidupan baharu bersama anak-anak.

photo_2024-08-27_13-30-04

Antara komen warga maya.

"Kalau dia reda tak apa sis. Semoga dipermudah urusan. Semoga dia dapat pengganti yang lebih baik.

"Eee samaaa... kawan baik saya pun rumah tangganya sedang disondol. Geram pula tu yang penyondol siap buat group bertiga dengan include kawan saya tu. Tak tahu nak cakap macam mana lagi.. kawan saya tu dah ada sakit kronik, anak tiga kecil-kecil lagi semua. Penyondol pula tak sedar diri nak suami orang! Geram!

"Allah. Sudah ada suami masih cari yang lain, tapi bagusnya Allah push lelaki itu dari hidup kawan akak. Sebab lelaki yang setia tak akan terfikir nak ada yang kedua," ujar beberapa netizen di ruang komen

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain