suria

Bapa mentua suka hati keluar masuk bilik tidur, menantu tidak selesa tetapi suami minta faham keadaan

Menantu tinggal sebumbung dengan mentua perlukan privasi. Gambar hiasan

KEHIDUPAN selepas berkahwin terutamanya jika tinggal bersama mentua banyak cabarannya.

Tidak dinafikan ada pasangan yang dapat melayari kehidupan dengan baik namun tak kurang juga terpaksa berdepan pelbagai ujian apabila suami dan isteri tinggal sebumbung dengan keluarga mentua.

Bagi seorang wanita, dia berasa terganggu dan berada dalam dilema apabila isu privasi sering diambil mudah oleh bapa mentua mahupun suaminya sendiri.

"Saya sudah berkahwin dengan lelaki berstatus anak tunggal. Mentua minta saya tinggal dengan bersama sebab anak mereka seorang sahaja.

Suami perlu memahami perasaan isteri lebih lagi tinggal dengan mentua. Foto: Gambar Hiasan

Hubungan suami isteri mula tegang akibat tiada persefahaman. Gambar hiasan

"Tapi saya sudah buat perjanjian dengan suami supaya limitkan tempoh untuk tinggal di rumah keluarganya selama tiga tahun saja.

"Sudah pasti saya cuba untuk faham dan bertolak ansur semasa kami tinggal sebumbung dengan keluarga suami," katanya memulakan cerita.

Menerusi luahan perasaan di laman X, wanita berusia 25 tahun itu berkata kemarahannya memuncak apabila bapa mentuanya sering 'ditangkap' memasuki bilik tidur mereka tanpa kebenaran.

"Banyak benda terjadi apabila tinggal dengan ibu bapa dia. tapi perkara yang saya tak boleh bertolak ansur ialah bapanya suka masuk bilik tidur saya dan suami.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kau nak tengok aku bogel ke?” - Wanita rimas bapa mentua gatal, selalu terjah rumah sebab ada kunci pendua... suami suruh sangka baik!

ARTIKEL BERKAITAN: Menantu stres ibu mentua berkeras nak tidur di bilik utama suami isteri... tindakan anak sendiri berani tegur memang tak dijangka

"Sewaktu awal berkahwin pernah terjadi tapi saya diamkan sebab masih cuba untuk fahamkan situasi," katanya penuh kesal.

Cerita wanita itu lagi, dia pernah menegur bapa mentuanya tentang hal berkenaan, namun ia bagaikan mencurah di daun keladi.

Lebih membangkitkan kemarahan apabila lelaki itu hanya memberikan alasan yang tidak masuk akal.

"Baru minggu lepas dia (bapa mentua) buat lagi, masuk bilik kami dengan alasan yang bodoh dan tidak munasabah.

Minggu lepas dia (bapa mentua) buat lagi, masuk bilik dengan alasan yang bodoh dan tidak munasabah.

Menantu

"Salah ke saya marah terhadap bapa mentua atas perlakuannya ini? Malah dia tak pernah minta maaf dan buat tak tahu je sampai sekarang.

"Walaupun saya banyak mengelak dan berdiam... dia seolah-olah tak rasa bersalah," katanya tanpa mendedahkan alasan yang diberikan bapa mentuanya itu.

Ujar wanita berkenaan lagi, dia sudah mengadu tentang perilaku bapa mentuannya itu kepada suami namun ia bagaikan tiada penyelesaian.

"Saya sudah cakap dengan suami bahawa perkara itu salah, tapi ayat dia... cuba faham ayah.

Hias

Cari penyelesaian terbaik untuk berdamai. Gambar hiasan

"Jadi saya nak tanya pendapat apa yang perlu saya buat?" soal wanita itu kepada netizen selepas buntu.

Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, sepatutnya apabila pasangan sudah berkahwin dan mempunyai kemampuan untuk hidup bersama selain daripada ibu bapa dan keluarga, maka inilah yang terbaiknya. Ini kerana dengan hanya berpasangan, hak privasi dan membina kehidupan dengan lebih selesa akan terwujud.

Antara makna kemampuan itu adalah mampu menyediakan tempat tinggal khusus bagi isteri.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain

Pelakon Lan Zailan meninggal dunia