suria

Setuju nikah janda, rupanya ‘pakej’ ibu tunggal anak 2! Lelaki bawa diri ke luar negara, sakit ditipu hidup-hidup

Perkahwinan bukan hanya bermaksud penyatuan hati, tetapi menerima pasangan seadanya. -Gambar hiasan

DALAM perkahwinan, suami dan isteri perlulah bersikap jujur antara satu sama lain bagi mengelakkan timbul isu yang mampu menggugat keharmonian rumah tangga.

Pendek kata, kedua-duanya tidak seharusnya berahsia dan bersikap telus supaya pasangan tidak merasakan diri mereka dikhianati.

Dalam kisah yang dikongsikan oleh seorang pelayar di Facebook, dia mengakui benar-benar terluka selepas isterinya tidak jujur hingga menyebabkan rumah tangga yang dibina sejak tujuh bulan lalu kini ibarat retak menanti belah.

"Saya bernikah dengan janda tiada anak dah masuk bulan ketujuh. Memang saya mencari dara atau janda yang tiada anak pun sebelum ni.

"Perkenalan yang singkat lepas kenal di dalam group cari jodoh, kami disatukan. Isteri pun tengah pregnant lima bulan sekarang ni.

janda 1

Komunikasi adalah langkah terbaik bagi setiap pasangan menyelesaikan masalah. -Gambar hiasan

"Persoalan sekarang ni dah kantoi yang isteri dan family dia menipu. Isteri saya ada anak dua orang sebenarnya dan tinggal dengan ex-husband.

"Sekarang ni, anak-anak tu family ex-husband dia dah hantar ke rumah saya sebab ex-husband dia dah meninggal dunia," tulisnya dalam satu laman grup di Facebook.

Menurut lelaki berkenaan, perkara tersebut menyebabkan dia dan isterinya bergaduh besar.

ARTIKEL BERKAITAN: Jalan sesak tapi cepat sampai tempat kerja, suami jejak isteri guna aplikasi! Sah tumpang abang ipar, kantoi curang

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada lagi senyuman, isteri berubah 360 darjah! Tawar hati dapat tahu suami berzina - “Bercakap dengan saya pun dah tak nak”

Malah disebabkan terlalu marah bercampur sedih, dia mengambil keputusan untuk keluar rumah dan membawa diri ke luar negara untuk mencari ketenangan.

Lelaki tersebut menambah, fikirannya ketika ini terlalu buntu untuk memikirkan langkah yang patut diambil.

Sakit bila ditipu lagi-lagi dengan orang yang kita sayang.

NETIZEN

"Sekarang ni apa yang perlu saya buat? Saya tak boleh terima perhubungan yang dibina dengan penipuan.

"Adakah patut saya ambil khidmat peguam untuk jalankan kes atau bagaimana?" tulisnya memohon pandangan netizen.

komen janda

Komen dan pandangan netizen terhadap situasi individu berkenaan.

Menjengah ruangan komen, warga maya tampil memberikan pelbagai pandangan dan cadangan untuk diperhalusi individu berkenaan.

"Jika wife anda baik, jaga makan minum, jalankan tanggungjawab... saya rasa cubalah maafkan dia, terima dia seadanya. Kadang-kadang inilah ujian yang anda akan tempuhi.

"Jangan buat keputusan terburu-buru. Ingat isteri sedang hamil anak awak tu. Tunggu sampai dia lepas bersalin bincang semula.

"Sakit bila ditipu lagi-lagi dengan orang yang kita sayang. Cuba belajar untuk terima takdir. Allah nak beri encik peluang jaga anak yatim. Rebutlah peluang ni.

"Better tuan consult dengan orang agama dan yang berilmu agar dapat jawapan yang win win situation," demikian komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain