SETIAP pelanggan pasti cuba mendapatkan diskaun ketika membeli sesuatu atau menunggu tawaran harga murah daripada peniaga. Senario sama dilalui seorang lelaki yang menawarkan perkhidmatan pendawaian elektrik di sebuah restoran Arab di Petaling Jaya, Selangor. Bagi memastikan penetapan harga dipersetujui, dia melakukan perbincangan dengan pelanggan terlebih dahulu sebelum melakukan kerja-kerja pengubahsuaian yang diingini. Hidangan Arab antara yang diminati masyarakat Malaysia. -Gambar hiasan Bagaimanapun, selepas kerja-kerja pendawaian dilakukan, pelanggannya mula berdolak dalih dan enggan membayar mengikut harga yang telah disepakati. Kisahnya itu diceritakan semula oleh seorang rakan di laman Facebook bagi mendapatkan pandangan tentang cara untuk mengendalikan masalah yang dialami. "Saya nak tanya pendapat, tukang ni buat wiring di sebuah restoran Arab di Petaling Jaya. Tiba-tiba pelanggannya (pemilik restoran Arab) tidak beri kerjasama yang baik. ARTIKEL BERKAITAN: Pengusaha homestay merungut tetamunya dari Arab semua pengotor, bikin huru hara... Penyewa dari China jauh lebih baik! ARTIKEL BERKAITAN: Suami isteri batal makan malam anniversary, wanita Arab jahanamkan rumah sewa! Langkah masuk nyaris muntah bau tahi, arak "Bayaran tidak sama dengan perbincangan awal yang dilakukan, jadinya tukang tersebut beranggapan sukar untuk berurusan lanjut dan memutuskan untuk tidak menyelesaikan tugas yang berbaki. "Malangnya, tangga lipat bernilai RM800 dan alatan drill jenama Bosch tertinggal di restoran berkenaan," ujarnya. Menurut pelayar ini, rakannya cuba untuk mengambil semula alatan yang tertinggal, namun pemilik restoran enggan memulangkannya. Saya pun pernah kena dengan kedai nasi Arab, kerja siap tapi bayaran tak habis. WARGA MAYA Buntu dengan situasi dialami, dia cuba mendapatkan pandangan daripada warga maya tentang tindakan yang boleh dilakukan bagi mendapatkan semula alatan berkenaan. Menjengah ke ruangan komen, ramai yang mencadangkan supaya rakannya membuat 'cover report' untuk mengambil alatan tersebut. Tidak kurang juga yang berkongsikan pengalaman sama apabila berurusan dengan individu dari Timur Tengah. Warga maya mencadangkan supaya dia mendapatkan bantuan polis. "Orang Arab memang masalah, suami bawa teksi dari lapangan terbang terus ke hotel. Tiba-tiba dia cakap tak ada duit nak bayar, jadi suami terus bawa ke balai polis, dia terus bayar depan pegawai polis. "Pernah panggil untuk check seunit penghawa dingin, kemudian dia surut buat unit lain sama kemudian dia nak kira kos untuk seunit sahaja. "Kerja dengan pak Arab ni kena ambil deposit sebanyak mungkin, kalau sewa rumah, ambil rental setahun sebab kat sana pun amalkan perkara sama. "Saya pun pernah kena dengan kedai nasi Arab, kerja siap tapi bayaran tak habis," demikian luahan warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube