suria

Tak tahan kerap dibuli rakan sekelas hidap ADHD, budak darjah 2 ‘buka langkah’ taekwondo! Selama ini masih sabar sebab OKU

Kejadian buli membabitkan murid sekolah rendah tidak boleh dipandang ringan. -Gambar hiasan

IBU mana yang sanggup melihat anaknya dibuli lebih-lebih lagi sehingga mengakibatkan kecederaan fizikal.

Itulah yang dikongsikan seorang wanita mengenai kejadian yang menimpa anaknya, gara-gara dibuli rakan sekelas berstatus orang kurang upaya (OKU).

Menerusi satu hantaran di Facebook, wanita berkenaan berkata dia terpaksa mengambil tindakan selepas kejadian buli yang menimpa anaknya disifatkan agak keterlaluan.

"Anak saya lelaki berumur lapan tahun. Dalam kelas anak saya, ada seorang pelajar lelaki, OKU Gangguan Hiperaktif Defisit Perhatian (ADHD) dan behavioural problems lain.

"Dia suka membuli anak saya. Ejekan, pegang kemaluan atau private parts anak saya, pukul anak saya, curi duit, curi pensel, ludah dalam bekas air, curi bekal, conteng beg sekolah serta gunting rambut anak saya.

"Minggu ni dia pukul, tumbuk muka anak saya, bercalar hidung, luka bahagian dada. Ada rakaman CCTV, kejadian berlaku di balkoni sekolah," kongsinya.

oku 1

Pembuli wajar dikenakan tindakan yang sewajarnya sebagai pengajaran. -Gambar hiasan

Menurut wanita tersebut, dalam kejadian terbaharu itu, buat pertama kali anaknya melawan untuk mempertahankan diri.

"Anak saya tak melawan selama ini, sebab saya cakap budak tu OKU. (Tapi kali ini) anak saya pukul dia semula sehingga terseliuh bahu dan berdarah hidung.

"Anak saya adalah pelatih taekwondo, menang juara sparring dua kali, tournament bawah umur lapan tahun. Makna kata anak saya punya self control sangat kuat, dia tak belasah budak ini daripada awal," kongsinya.

Namun disebabkan kejadian tersebut, ibu kepada murid OKU berkenaan menghubunginya dan meluahkan rasa marah kerana mendakwa anaknya menjadi mangsa buli.

ARTIKEL BERKAITAN: Disepak ketika turun tangga, ibu geram anak darjah 6 dibuli... Tak cukup surat layang panggil sundal, dimalukan di TikTok

ARTIKEL BERKAITAN: Raut wajah nampak lain, ibu syak sesuatu tak kena... Terkejut dengar cerita anak 11 tahun kena ‘pulau’ kawan sekolah

Malah ujarnya, ibu murid itu juga mengugut untuk memfailkan saman terhadap apa yang menimpa anaknya itu.

"Untuk pengetahuan semua, ini bukan pertama kali ya, ini dah kali ke 1,001 kali anak dia buat hal. Dah buat perjumpaan lebih 12 kali... lapan kali bersama saya, dua kali bersama ibu bapa pelajar lain, dan bersama guru kelas.

"Dia bukan buli anak saya seorang, buli ramai budak lain. Surat amaran atau makluman pun sudah dikeluarkan lebih tiga kali.

"Pelajar tersebut tidak dimasukkan ke PPKI (Program Pendidikan Khas Integrasi) kerana ibu bapanya enggan.

"Mereka beri surat doktor mengatakan anak mereka boleh belajar di aliran perdana, mempunyai IQ yang bijaksana. Masalahnya anak dia ada masalah behavioural," luahnya lagi.

Patut saman mak bapa budak tu. Mak bapanya hancurkan masa depan anak sendiri.

NETIZEN

Justeru ujarnya, dia mempertimbangkan untuk membuat laporan polis dan juga kepada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) agar masalah yang berlaku dapat diambil perhatian oleh pihak berwajib.

Selain itu, dia juga tidak menolak mahu mengemukakan saman sivil terhadap ibu bapa kepada murid OKU berkenaan.

"Kami ada medical report untuk kes-kes lepas. Dan setiap perjumpaan, kami ada rekod meeting dan rakaman video.

"Saya buat sebagai bukti untuk dapat pengakuan dan maklum daripada ibu bapa pelajar tersebut," kongsinya.

komen oku

Rata-rata netizen menyokong tindakan wanita berkenaan yang mahu mempertahankan anaknya daripada terus dibuli.

Hantaran berkenaan mengundang perhatian warga maya dengan rata-ratanya menyokong langkah wanita tersebut yang mahu mengambil tindakan tegas agar menjadi pengajaran buat ibu bapa lain.

"Nasib baik awak cerdik sis. Ada semua previous proof.

"OKU pun bukanlah lesen nak membuli. Parents bertanggungjawab hantar anaknya ke terapi dan child psychologist... bawa anak untuk second opinion, masukkan ke PPKI. Puan tolong report polis ye.

"Patut saman mak bapa budak tu. Mak bapanya hancurkan masa depan anak sendiri," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain