MENDIDIK dan menjaga anak-anak sememangnya menjadi tugas wajib ibu bapa. Namun, dalam dunia serba moden ramai pasangan suami isteri sibuk dengan kerja menyebabkan mereka terpaksa mendapatkan perkhidmatan pembantu rumah bagi meringankan beban dan memudahkan urusan. Situasi ini membuatkan sesetengah anak majikan lebih rapat dengan pembantu rumah kerana masa dihabiskan bersama lebih lama berbanding ibu bapa sendiri. Seorang pemuda, Muhd Najmii menerusi perkongsian video di aplikasi TikTok berkongsi pengalamannya dijaga dengan baik oleh pembantu rumah dari Indonesia sejak kecil hingga 2006. Keluarga Muhd Najmii rapat dengan bibik. Foto: TikTok Walaupun seketika, pertemuan singkat ini sangat bermakna membuatkan anak bongsu ini sebak selepas hampir dua dekad tidak berjumpa. Menurut Muhd Najmii, lepas bibik pulang ke Indonesia ketika dia darjah dua sejak itu juga dia berazam untuk kumpul duit jumpa bibik. Lepas bibik pulang ke Indonesia, mereka berhenti berhubung kerana wanita itu tukar nombor telefon, tetapi akhirnya berjaya dihubungi atas bantuan sepupu bibik. ARTIKEL BERKAITAN: Lama tidur sebab tak sihat, wanita tergerak hati check CCTV! Sebak tengok cara bibik layan anak, anggap Allah makbulkan doa ARTIKEL BERKAITAN: Tujuh kali tukar ‘maid’, nombor 8 baru serasi... Momen anak-anak berlari peluk bibik buat ramai sebak, boleh agak orang baik "Alang-alang kitaorang pergi ke Cirebon untuk majlis perkahwinan, kitaorang jemput bibik datang sebab empat hingga lima jam saja dari kampungnya. Walaupun jauh untuk bibik tapi kalau bukan sekarang bila lagi. "Aku bangun tengok telefon, mama cakap bibik ada dekat kafe hotel. Terus aku siap dan turun. "Aku diri depan bibik dan dia tanya, 'siapa aku ni'. Aku tak dapat jawab sebab tahan air mata. Mama dan ayah tolong jawab. Terus bibik bangun peluk aku," katanya dia menahan air mata sebab ramai di kafe. Muhd Najmii berkata, masa bagaimanapun tidak menyebelahi mereka kerana perlu balik ke Malaysia. Terlalu banyak benda ingin diceritakan, kalau boleh dari malam bibik balik Indonesia sampai dia besar. Aku diri depan bibik dan dia tanya, 'siapa aku ni'. Aku tak dapat jawab sebab tahan air mata. Muhd Najmii Katanya, setiap kali tengok bibik orang lain dia teringat pada wanita itu dan makin semangat untuk mencarinya. "Walaupun kita dapat berjumpa dan bersembang sekejap, saya gembira sangat dapat jumpa bibik. Saya harap bibik gembira jumpa kami dan bangga tengok saya membesar. "Terima kasih kerana menjaga kami adik beradik dengan baik," katanya. Terlalu banyak kenangan ingin dikongsikan bersama pengasuh. Foto: TikTok Perkongsian video itu mendapat lebih 1 juta tontonan dan mengundang pelbagai reaksi, namun rata-rata sebak dengan detik pertemuan itu. “Mesti bibik baik sangat pada keluarga awak dik. “Mesti masa dia kecil bibik layan dengan sangat baik, apa yang anda beri, anda dapat kembali. “MasyaAllah, dapat bibik dan majikan yang baik, beruntungnya!” antara komen pengguna TikTok. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube