suria

Baru lepas cuti bersalin anak sulung, masuk ofis wanita terkejut difitnah rakan... Tertekan satu pejabat pandang serong

Seorang wanita mengalami tekanan di tempat kerja. -Gambar hiasan

BELUM lagi hilang sakit melahirkan anak, seorang wanita diuji di tempat kerja apabila dia kembali bertugas selepas cuti bersalin.

Ibu muda seorang anak itu benar-benar tidak menyangka terpaksa berdepan dengan syaitan bertopengkan manusia sekembalinya dia ke pejabat.

Menghadapi situasi itu, dia mula sedar persekitaran kerja yang toksik sememangnya wujud.

"Saya bekerja sebuah syarikat, di mana saya dikelilingi dengan orang-orang toksik.

"Salah seorang daripada mereka telah memfitnah saya dan melaga-lagakan saya dengan pekerja-pekerja lain," katanya menerusi satu luahan di laman Facebook.

Seorang wanita kembali bekerja selepas cuti bersalin. -Gambar hiasan

Menurut wanita itu, tindakan pekerja berkenaan yang menfitnahnya menyebabkan dirinya dipandang serong dalam kalangan rakan sekerja.

Keadaan itu juga membuatkan diri berasa kurang selesa untuk bekerja disebabkan persepsi buruk mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Setiap hari menangis atas motosikal... Pekerja baharu anxiety dibuli, makcik senior cuma ada STPM tergugat akademik lebih tinggi

ARTIKEL BERKAITAN: Bos toksik selalu maki depan pelanggan... Pemuda dah tak mampu bertahan dikerah kerja 12 jam sehari tiada OT, cuti sekali seminggu

Tanpa mendedahkan tuduhan fitnah terhadapnya, dia bagaimanapun menafikan perkara itu, malah cuba bersemuka dengan individu yang dikatakan memfitnahnya.

"Saya kurang selesa terhadap pandangan mereka sedangkan saya tidak buat apa-apa. Bila saya bertanya kepada orang itu, dia tidak mengaku," ujarnya.

Pada masa sama, dia berhasrat untuk mengambil tindakan terhadap individu berkenaan kerana sudah memfitnah sekali gus mencemarkan imejnya.

Kalau awak resign, orang akan membenarkan fitnah itu.

WARGA MAYA

Bukan sekadar itu, dia turut dalam pertimbangan untuk berhenti kerja kerana mengalami tekanan.

"Saya jadi tertekan bila bekerja, hampir jadi depression. Emosi saya tidak stabil.

"Sakit bersalin pun tak hilang lagi. Bila bekerja jadi macam ni. Tolong, saya nak berhenti kerja tapi saya ada komitmen dengan anak baru usia empat bulan," luahnya lagi.

Wanita ini bercadang untuk berhenti kerja. -Gambar hiasan

Menerusi ruangan komen, rata-rata warga maya berkongsi rasa simpati terhadap nasib malangnya yang difitnah rakan sekerja.

Mereka turut menasihatkan wanita itu supaya kuat meneruskan kehidupan dan tidak membuat keputusan berhenti kerja kerana persekitaran toksik boleh berlaku di mana-mana tempat kerja.

"Teruskan sahaja kerja, awak tahu awak tak buat salah. Sabar itu indah. Kerja dengan ikhlas, biarkan sahaja mulut-mulut toksik. Lama-lama mereka akan berhenti sendiri.

"Fitnah tak akan bertahan lama, kebenaran akan reveal. Kalau awak resign, orang akan membenarkan fitnah itu. Jadi, bekerjalah macam biasa dan buat kerja sendiri, abaikan manusia toksik, hanya berurusan kerja sahaja.

"Kuatkan semangat, jangan bimbang, itu hasutan syaitan untuk memecah-belahkan persaudaraan. Awak fokuskan kerja awak untuk mencari rezeki," komen beberapa warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain