SEORANG wanita meraih perhatian ramai selepas dia berkongsi kisah dirinya yang didakwa disihir oleh rakan sekerja. Menurut wanita itu, dia terpaksa berhenti kerja apabila sihir yang dihantar nyaris memusnahkan rumah tangganya. Menerusi perkongsian di X, wanita itu turut mendakwa pelaku merupakan seorang lelaki yang menaruh perasaan terhadapnya. Kehadiran orang ketiga boleh menjadi perosak rumah tangga. -Gambar hiasan "Aku kerja kerajaan dah lapan tahun. Suami aku paksa berhenti kerja sebab aku kena 'tiga penjuru' (sihir) oleh suami orang, dalam pejabat aku sendiri. "Santau angin, minyak pengasih dan sihir dalam makanan. Dia (pelaku) dah ada anak tiga. Dia senior aku, penyelia aku. "Aku tahu lepas aku sakit teruk sampai muntah kaca, sambil ulang sebut nak pergi dekat laki tu. Laki aku nekad, dia cakap berhenti je demi maruah, kesejahteraan rumah tangga dan keselamatan keluarga aku. PENGADU "Suami bawa balik kampung. Depan mak ayah aku minta cerai sebab nak nikah dengan laki orang tu, " imbas pengadu. Menurut wanita itu, dia pada awalnya terpaksa bercuti tanpa gaji, namun akhirnya terpaksa melepaskan kerjaya dalam sektor awam.. "Kami dah jumpa Jusa C bahagian pertukaran, tunjuk semua bukti gangguan seksual. Aku disuruh tukar ke pedalaman, dah habis berbulan cuti tanpa gaji. ARTIKEL BERKAITAN: Mahu rampas cinta jurutera kilang, wanita Indonesia ‘tanam’ sihir dalam makanan... Sanggup masak macam-macam! ARTIKEL BERKAITAN: Asyik pening, muntah-muntah tapi tak hamil... Wanita hidup merana kahwin duda, bekas isteri suami tak ‘move on’ hantar sihir! "Sampai aku memang kena masuk kerja balik baru boleh sambung cuti tanpa gaji balik. "Laki aku nekad, dia cakap berhenti je demi maruah, kesejahteraan rumah tangga dan keselamatan keluarga aku," ceritanya lagi. Dalam perkembangan terbaharu, pengadu berkata dia sudah pun menamatkan pengajian selepas dia berhenti kerja akibat kejadian berkenaan. Mereka yang sudah berkahwin perlu menjaga batas pergaulan di tempat kerja. -Gambar hiasan Namun kata wanita itu, suaminya masih lagi bimbang, menyebabkan dia juga ragu-ragu untuk memulakan kerjaya baharu. "Sekarang aku dah habis master, dapat tawaran mengajar universiti. Laki aku masih tak bagi kerja, aku pergi temuduga pun dengan keluarga. "Trauma lagi. Kalau ada jalan untuk buang trauma lelaki, bantulah saya. Saya tak minta semua ni. Rasa down sangat sebab ujian ni betul-betul jatuhkan aku," luahnya lagi. Sebagai peringatan, amalan sihir adalah bertentangan dengan ajaran Islam dan semua pihak perlu menjauhinya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube