suria

Kontraktor ‘cabut’ lepas dibayar penuh, owner baik bayar lump sum risau terguna duit... Kerja renovasi kini terhenti

Ubah suai rumah memerlukan kos yang tinggi. -Gambar hiasan

RUMAH subsale dan lelong antara buruan kebanyakan masyarakat yang ingin memiliki hartanah sendiri kerana berharga lebih rendah berbanding binaan baharu.

Meskipun berada dalam kondisi baik, namun kebanyakan pembeli akan melakukan renovasi bagi memastikan ia mengikut cita rasa moden kerana kebanyakan rumah subsale sudah lama usianya.

Melakukan perkara sama, seorang wanita turut membuat pengubahsuaian rumah yang baru dibelinya.

Malangnya, dia mendakwa menjadi mangsa penipuan tukang rumah apabila proses renovasi yang dilakukan melebihi tempoh perjanjian asal selepas bayaran penuh dibuat.

Pemilik cenderung membuat renovasi rumah mengikut citarasa masing-masing. -Gambar hiasan

Pemilik cenderung membuat renovasi rumah mengikut cita rasa masing-masing. -Gambar hiasan

"Harap tukang rumah bersikap amanah dalam menyelesaikan kerja. Kami golongan B40 ni duit tak banyak nak renovate.

"Kumpul sikit-sikit untuk buat (ubah suai), bayar lump sum pada tukang sebab takut terguna (duit renovasi).

"Alih-alih tukang ambil job (projek) lain dan yang tengah buat terbengkalai," luahnya di grup Facebook Tukang Apa Hari Ini.

Mengakui sentiasa diingatkan supaya tidak membuat bayaran penuh kepada kontraktor, namun bagi wanita ini tindakannya itu adalah bagi mengelakkan pihak tersebut terjejas pembayarannya kerana bimbang dia tidak dapat membuat bayaran apabila kerja-kerja pengubahsuaian siap.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita mulut ‘laser’ berubah sopan, rupanya nak pinjam nama adik ipar mohon Rumah Mesra Rakyat! Sebelum ni tak pernah jaga hati

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai bantah anak ubah suai rumah mak ayah, sampai nak mohon personal loan - “Buat apa renovate, nanti jadi harta pusaka”

"Memang ramai pesan jangan bayar penuh, tapi kita B40 yang duit pun cukup-cukup.

"Takut teraniaya tukang, tapi kita pula yang dianiaya," tambahnya.

Lebih menyedihkan apabila pelayar wanita ini menyatakan perbelanjaan bulanannya meningkat disebabkan perlu membayar rumah sewa yang dihuni dan membuat bayaran pinjaman perumahan.

Tambahan pula kos sewaan pada masa ini mencecah ribuan ringgit mengikut lokasi dan negeri.

Betullah, saya ni pun tengah renovate rumah, awal-awal dulu laju je buat tapi sekarang dah lambat dengan alasan pekerja tak ada.

WARGA MAYA

"Kos nak bayar rumah sewa dan loan rumah bukanlah murah sekarang ini," katanya lagi.

Luahannya itu mendapat perhatian ramai pihak termasuk golongan kontraktor.

Rata-ratanya meluahkan rasa simpati dengan nasib yang dialaminya dan berharap masalah yang dihadapi dapat diselesaikan secepat mungkin.

"Doa bang, doa orang teraniaya makbul, makan duit haram ni tak akan ke mana-mana.

Warga maya bersimpati dengan nasibnya.

Warga maya bersimpati dengan nasibnya.

"Kalau dah memang penjahat dan penganiaya, tak akan ada hati perut atau akal timbangan yang munasabah. Dia kira untuk meletup je.

"Walau apa pun keadaan, jangan bayar penuh, masuk duit dalam akaun lain kalau takut terguna. Kadang-kadang kita bayar ikut peratus siap pun tetap ada masalah, inikan pula bayar penuh," demikian pandangan warga maya.

Tidak kurang juga yang turut berkongsi nasib sama kerana memberi kepercayaan 100 peratus kepada kontraktor rumah.

"Betullah, saya ni pun tengah renovate rumah, awal-awal dulu laju je buat tapi sekarang dah lambat dengan alasan pekerja tak ada.

"Siap rolling duit kita kat tempat lain kemudian boleh claim baki duit. Kerja tak sempurna, tinggal barang bersepah. Niat nak tolong bangsa dan kawan sendiri tapi akhirnya makan diri.

"Saya pernah dapat kontraktor macam ni, apabila dapat projek lain, dia tinggalkan rumah saya sebab saya cakap tak urgent," luah segelintir netizen pula.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain

Pelakon Lan Zailan meninggal dunia