TIADA angin mahupun ribut, usahawan yang juga pempengaruh media sosial terkenal, Jofliam, mendakwa rumah tangganya bersama isteri, Cik Epal, sudah menemui titik noktah. Jofliam membuat pendedahan mengejutkan itu menerusi hantaran di Instagram Story pada Isnin. Jofliam yang sedang berada di Milan, Itali untuk menyertai pertandingan Top 100 Pizza menjelaskan, statusnya ketika ini 'bukan lagi suami' kepada Cik Epal dan dia tidak membawa wanita itu bersamanya. "Saya bukan lagi suami kepada Cik Epal. Saya bukan lagi suami sesiapa dan urusan saya di sini adalah demi Top 100 Pizza," tulisnya sambil menjelaskan, status mereka hanya akan diketahui nanti. Sebahagian daripada tangkap layar di Instagram Story Jofliam. Terdahulu dalam beberapa perkongsiannya, bapa kepada dua cahaya mata itu mendedahkan pergolakan rumah tangganya berlaku sejak sekitar empat bulan lalu. Dakwanya, kisah bermula ketika dia membawa pasukannya, Pizza Wagyu Jofliam bercuti di Jepun yang akhirnya membibitkan perbalahan sesama ahli pasukan. Ujarnya, perbalahan yang berlaku semakin melarat sehingga menimbulkan fitnah yang mengaitkan dirinya berlaku curang dengan pembantu peribadi yang dikenali sebagai Dewi. Pasangan ini dikurniakan sepasang cahaya mata. "Sepanjang empat bulan, macam-macam cara fitnah katakan saya curang. Tapi hebatnya, tiada satu bukti pun yang mengatakan saya curang. "Saya adalah family man, dan bila berkahwin, saya hanya setia pada yang satu. "Sepanjang perkahwinan, saya tidak pernah curang walaupun sesaat dengan isteri saya dan saya sangat sayangkan anak-anak saya. "Fitnah ini bukan sekadar merosakkan hubungan keluarga saya, malah perkahwinan Dewi. Fitnah ini meruntuhkan dua masjid," tulisnya lagi. ARTIKEL BERKAITAN: “Bukan yakin menang, sebab sahut cabaran” - Suami blogger beli stroller RM3,000 jawab isu bersorak 'saman netizen', nafi tiru iklan Gmarket Korea ARTIKEL BERKAITAN: Tauke ikan bakar borong 10 kotak piza wagyu Jofliam! Gigih datang dari Kemaman, berhabis RM1,500 nak merasa hidangan premium Apa yang mengejutkan, Jofliam turut mendakwa wujud rancangan 'tangkap basah' untuk memerangkap dirinya. "Ketika saya diuji, saya memerlukan orang paling terdekat untuk bersama saya. Malangnya saya dibiarkan keseorangan... sehingga hari ini," kongsinya. Sepanjang perkahwinan saya, saya tidak pernah curang walaupun sesaat dengan isteri saya dan saya sangat sayangkan anak-anak saya. JOFLIAM Lebih teruk dakwa usahawan itu, dia turut menjadi mangsa fitnah dan tikam belakang oleh abang dan kakak kandung. Menerusi hantaran itu juga, Jofliam berkata dia terpaksa menggunakan media sosial untuk membuat pendedahan kerana 'sudah tidak mempunyai medium untuk bercerita'. Malah dalam dua hantaran terakhirnya pada hari ini (Isnin), dia turut menyatakan rasa lega kerana sudah meluahkan semua yang dipendam selama ini. Dalam pada itu, semakan mStar mendapati Jofliam sudah tidak mengikuti (follow) Cik Epal di Instagram, namun wanita berkenaan masih mengikutinya di laman sosial itu. Jofliam membawa jenama Piza Wagyu Jofliam ke peringkat antarabangsa. Hasil perkahwinan pasangan pempengaruh ini, mereka dikurnikan sepasang cahaya mata, Han dan Yuki. Menjengah ruangan komen, rata-rata warga maya meluahkan rasa terkejut dengan pendedahan berkenaan dan mereka mendoakan agar rumah tangga pasangan pempengaruh tersebut kembali jernih. Setakat ini cubaan mStar untuk menghubungi Jofliam berhubung isu yang tular tidak berhasil. Untuk rekod, Jofliam yang terkenal dengan piza wagyu sebelum ini meraih tempat ke-4 dalam World Pizza Championship pada 2023. Ketika ini dia membawa jenama Pizza Wagyu Jofliam untuk bertanding bagi merebut gelaran Top 100 Pizza di Itali. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube