suria

Kereta dirompak depan mata! Pelaku ‘tenang’ mencuri walau pemilik menjerit, alarm berbunyi - “Mereka tak lari, sangat berani buat kerja jahat”

Insiden kereta dilarikan pencuri yang tular di laman TikTok.

SEORANG wanita berdepan detik cemas apabila kereta miliknya dilarikan di depan mata dalam insiden kecurian di taman perumahan sekitar Meru, Ipoh, Perak.

Insiden itu seolah-olah satu mimpi ngeri apabila kereta jenis Alphard berwarna hitam miliknya selamba dipandu keluar secara mengundur dari perkarangan rumah oleh individu tidak dikenali.

Menerusi video yang tular di laman TikTok itu, kelihatan wanita tersebut tidak berdaya untuk melakukan apa-apa bagi menyelamatkan aset berharganya kerana risau diancam bahaya.

Pencuri dikatakan tidak gentar melakukan 'operasi' sambil disaksikan pemilik kereta.

Menurut wanita itu, pencuri terbabit menggunakan alat khas bagi membuka pintu keretanya yang berkunci.

"Kejadian berlaku pukul 3.50 pagi tadi. Kereta kami dicuri dengan mudah. Engsel pintu pagar automatik rumah kami dibuka oleh pencuri itu. Kemudian mereka akses kereta kami dengan menggunakan alat kawalan jauh yang mereka bawa.

"Ketika itu kami sudah sedar dengan insiden kecurian yang sedang berlaku, kami cuba bunyikan penggera kereta dan menjerit, tapi perompak tu tak takut. Mereka tak lari, sangat berani buat kerja jahat.

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai hairan gadis ini terlalu tenang kongsi cerita kereta kena pecah, ‘Android player’ hilang - “Melawan hukum perempuan ni kak”

ARTIKEL BERKAITAN: Cermin kereta kena pecah, pencuri rembat 2 joran! Kecewa pengurus cuma ‘sembang’ nak ambil tindakan

"Perompak ambil masa dalam lima hingga tujuh minit untuk hidupkan enjin kereta. Kami tak berani keluar sebab risau perompak ada bawa senjata dan takut ada lebih ramai geng mereka di luar.

"Terkedu sekejap dengan apa yang terjadi. Kalau sesiapa nampak, minta tolong tahan dulu kereta tu," ujar wanita tersebut, hampa.

Menjengah ke ruangan komen, warga maya menjelaskan modus operandi penjenayah tersebut dan mencadangkan beberapa langkah keselamatan yang boleh diambil.

Sebab tu saya selalu cadangkan orang ramai untuk sentiasa pasang stereng lock, tak kisah la kereta dah moden macam mana pun.

WARGA MAYA

"Pencuri sekarang bijak eksploitasi teknologi canggih dalam kereta. Alat mereka tu boleh kesan isyarat remote control kereta kita di dalam rumah dari luar, seterusnya alat berkenaan tiru isyarat tersebut untuk digunakan pada kereta kita.

"Sistem keselamatan kenderaan akan ingat kita yang nak buka kereta tu walaupun sebenarnya bukan, itu cara mereka unlock. Benda ni boleh terjadi asalkan kereta berada dalam radius beberapa meter dari remote control.

Pengunci stereng menjadi saranan untuk menjamin keselamatan kereta. -Gambar hiasan

"Sebab tu saya selalu cadangkan orang ramai untuk sentiasa pasang stereng lock, tak kisah la kereta dah moden macam mana pun. Risau sangat kalau kes macam ni terjadi. Boleh juga pasang GPS tracker pada kereta sebagai langkah berjaga-jaga. Auto gate rumah pun jangan lupa pasang mangga.

"Bijak tindakan puan, walaupun sayang kereta dicuri, tapi nyawa diri sendiri dan ahli keluarga perlu diutamakan, itu tiada galang gantinya," demikian kata beberapa warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain

Pelakon Lan Zailan meninggal dunia