suria

Tuan rumah pening layan pelajar IPT, batal janji sewa saat akhir... Duit deposit pula dah habis beli tilam, katil baharu

Pelajar IPT mencari rumah untuk disewa. -Gambar hiasan

SEBAGAI pemilik rumah, pelbagai ragam penyewa yang perlu dihadap.

Ada penyewa yang menenangkan jiwa, dan tidak terkecuali yang menyakitkan hati.

Seorang pemilik rumah sewa berkongsi pengalamannya menyewakan kediamannya untuk didiami sekumpulan pelajar daripada sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan.

Pelajar mendaftar masuk ke universiti. -Gambar hiasan

Tanpa diduga, dia berhadapan dengan kerenah penyewa berkenaan sejak awal sebelum mereka berpindah masuk ke rumah.

“Sebelum ni ada kumpulan pelajar bayar deposit untuk bilik dan janji masuk dalam masa seminggu.

“Kemudian tiba-tiba mereka beritahu dapat asrama di universiti. Mereka batalkan hasrat nak menyewa seminggu sebelum masuk,” luahnya menerusi satu hantaran di Facebook.

ARTIKEL BERKAITAN: Duit belanja buat umrah hangus, pensyarah ditipu pelajar sendiri... Tak sangka surat tawaran belajar di UK hanya palsu!

ARTIKEL BERKAITAN: Bisnes maju, kereta banyak tapi duduk rumah sewa... Lelaki ini bahagia bayar RM210 sebulan sejak 14 tahun lalu

Bercerita lanjut, apa yang dirunsingkannya adalah wang deposit daripada pelajar-pelajar berkenaan sudah dibelanjakan.

“Duit deposit tu kita dah buat beli tilam dan katil baharu untuk mereka masuk,” ujarnya tanpa mendedahkan jumlah deposit yang dikenakannya.

Wang deposit sudah diterima daripada bakal penyewa. -Gambar hiasan

Kini timbul persoalan mengenai wang deposit berkenaan, sama ada perlu dipulangkan atau tidak memandangkan kumpulan pelajar tersebut tidak jadi menyewa.

“Sekarang ni duit deposit tu memang kena pulangkan ke? Sebab mereka batalkan pada saat akhir.

Deposit itu untuk memastikan bila mereka booking mereka dapat. Dah dapat,mereka sendiri yang tolak.

WARGA MAYA

“Tambahan pula saya dan menolak ramai orang yang mahu menyewa kerana dah ‘lock’ tempahan mereka sebagai penyewa,” katanya lagi yang hanya menjelaskan bahawa deposit tersebut bersamaan dengan caj sewa sebulan.

Menerusi ruangan komen, rata-rata warga maya bersimpati dengan nasib tuan rumah kerana kumpulan penyewa tersebut membatalkan hasrat mereka untuk menyewa pada saat akhir.

Pembatalan saat akhir disebabkan pelajar menerima tawaran tinggal di asrama. -Gambar hiasan

Pada masa sama, segelintir mereka turut memahami kesusahan yang dialami para pelajar berkenaan yang dilihat benar-benar mahu tinggal di asrama kerana lebih menjimatkan kos.

“Deposit penyewa untuk secure bil-bil sewaan, elektrik, air dan kerosakan. Bukan untuk beli perabot. Kalau penyewa request sekalipun, masih kena guna duit pemilik sendiri.

“Pulangkanlah tuan, kasihan pelajar-pelajar tu. Tilam dan katil tu pun bukannya rosak, mungkin mereka datang daripada keluarga kurang berada, sebab itu mereka buat rayuan untuk dapatkan juga asrama.

“Saya pernah hadapi kes macam ini. Tapi saya maklum awal, minimum sewa kontrak setahun, dan kalau nak keluar awal dalam tempoh berkenaan perlu maklum awal tiga bulan, kalau gagal, maka deposit akan burn.

“Tak perlu bayar balik, deposit itu untuk memastikan bila mereka booking mereka dapat. Dah dapat,mereka sendiri yang tolak,” demikian antara komen warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain