SETIAP pasangan yang berkahwin pastinya mengimpikan kehadiran cahaya mata untuk melengkapi kehidupan mereka. Namun, ramai juga yang terpaksa menanti bertahun-tahun lamanya kerana belum diberi rezeki untuk menimang anak. Di TikTok, seorang pemuda berkongsi kisah isterinya yang berjaya hamil selepas tujuh tahun mereka menanti penuh kesabaran. Video perkongsian perawat itu tular di laman TikTok. Menurut pemilik TikTok YB Jebat, isterinya berjaya hamil selepas mereka mendapatkan rawatan alternatif dengan seorang ustaz di Melaka. Katanya, dia dan isteri terpaksa menunggu 18 jam untuk menerima rawatan, namun kegigihan itu akhirnya terbalas dengan berita gembira. "Waktu tu pertama kali saya jumpa ustaz. Mula tunggu lepas Zohor sampai pukul 8 pagi esoknya, dekat 18 jam. Dari Lumut, Perak, memandu sampai Melaka... terus beratur. Allah beri rezeki tepat pada masa bila Dia berkehendak... saya bantu saja, yang mengizinkan Allah. PENGAMAL PERUBATAN ISLAM "Alhamdulillah asbab jumpa ustaz, sekarang isteri saya hamil empat bulan. Tujuh tahun kami menanti zuriat pertama. Bulan November kami datang lagi ya ustaz. "Pengalaman menunggu yang mahal, terima kasih ustaz. Saya doakan ustaz dipermudahkan segala urusan supaya dapat bantu ramai lagi pasangan untuk ikhtiar zuriat," kongsi pemuda itu. Membalas perkongsian itu, ustaz berkenaan dengan rendah diri bagaimanapun berkata tugasnya hanya membantu, sebaliknya Allah yang Maha Berkuasa untuk memakbulkan doa mereka. ARTIKEL BERKAITAN: Wanita pejuang TTC sayu ‘malaikat kecil’ hadir dalam tempoh idah... Bekas suami tengah seronok buat persiapan kahwin lepas raya ARTIKEL BERKAITAN: Pejuang TTC dah tak mampu sabar... ‘Dihujani’ petua dapat zuriat selepas nyata kesanggupan terima bayi luar nikah "Tahniah, Masya-Allah tabarakallah. Ini yang macam saya cakap baru-baru ini, Allah makbulkan doa tuan bukan sebab saya, Allah makbul atas usaha tuan, usaha tak pernah kenal erti putus asa, tak mengalah berdoa dan ikhtiar. "Allah beri rezeki tepat pada masa bila Dia berkehendak. Saya bantu saja, yang mengizinkan Allah. 18 jam menunggu, dari Lumut lagi, inilah saya cakap orang yang bersungguh. Atas kesungguhan, Allah yang mengizinkan, Alhamdulillah. Ramai pesakit sanggup menunggu untuk menerima rawatan dengan ustaz berkenaan. "Moga kandungan isteri dalam jagaan Allah hingga selamat melahirkan, tahniah. Moga lepas ni lebih ramai pesakit saya berjaya hamil," ujar perawat dari Perubatan Islam Al-Mujahidin itu. Ustaz itu kerap berkongsi testimoni pesakitnya yang berjaya hamil selepas datang mendapatkan rawatan dengannya. Malah, akaun TikTok kendalian ustaz itu juga memiliki setengah juta pengikut. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube