PELBAGAI asam garam kehidupan dapat diperhatikan apabila seseorang itu berada dekat dengan masyarakat. Melalui satu hantaran di laman Facebook, seorang lelaki yang juga peniaga komputer riba berkongsi kisah meruntun jiwa mengenai seorang bapa yang hadir ke kedainya. Menurut lelaki itu, si bapa berkenaan terdesak untuk menjual komputer riba peribadi kerana dibelenggu beban kewangan. Keadaan yang mendesak boleh memaksa seseorang itu menjual barangan berharga. -Gambar hiasan "Bapa ni tinggal di Bentong, Pahang tetapi kerja di Shah Alam, Selangor. Setiap hari ulang-alik antara dua negeri kerana faktor gaji yang lumayan. Selepas Subuh akan bertolak ke pejabat manakala sampai rumah pula malam selepas Isyak. "Namun hidup berubah sekelip mata, gaji si bapa secara mengejut dipotong, atas alasan keuntungan syarikat menyusut sejak kebelakangan ini. Akhirnya bapa tu terpaksa jual laptop bagi mendapatkan duit untuk menampung kehidupan. "Sekarang dia berkongsi laptop dengan isteri. Bermakna bapa tu perlu tunggu orang rumah selesai guna laptop baru dia boleh sambung kerjanya. Pada asalnya mereka suami isteri ada laptop masing-masing. ARTIKEL BERKAITAN: Nafkah tak culas tapi ‘hadap’ phone sampai subuh! Isteri nak cerai, tak mahu terus berdosa marah suami ‘kaki game’ ARTIKEL BERKAITAN: Gaji cukup makan, suami kerja ‘gomen’ ada hati buat loan 200K untuk ibu! Isteri terbaca mesej di telefon mentua "Menjadi rutin baharu, bapa tu akan bangun awal dalam pukul 3 atau 4 pagi untuk siapkan kerja, iaitu ketika isterinya sedang tidur," ujar lelaki tersebut sayu. Tambahnya lagi, dia kagum melihat bagaimana si bapa kekal tenang meskipun sedang hebat diuji. "Bapa tu beritahu dia perlukan RM1,000 daripada laptop yang dijual untuk membayar tunggakan rumah sewa. Bapa tu cakap begini... saya jual laptop ini kepada encik, tolong tengok apa yang rosak. Kalau masih elok, boleh jual semula. Hidup sangat menghimpit sekarang ni, kena berjuang sehabis daya untuk terus bernyawa. WARGA MAYA "Dia berbual dengan saya sambil senyum. Tak ada sekali pun bapa tu cuba mencari kesalahan sesiapa, semuanya positif dan dia hanya anggap ini ujian yang perlu dihadapinya. Dia nampak tekad untuk terus berjuang, liat hendak mengalah. "Terima kasih encik beli laptop ni, mohon doakan saya. Saya ada pesan kopi juga untuk encik, minumlah... demikian kata si bapa sambil berlalu pergi. Sebak saya melihat ketabahan dia, pastinya seorang lelaki yang kuat. "Dalam keadaan dia sudah kehilangan laptop, dia masih mampu untuk bermurah hati dengan orang sekelilingnya. Semoga ada sinar untuk mereka yang terus bertahan," kata lelaki itu menutup bicara. Pelayar bertukar pandangan. Menjengah ke ruangan komen, warga maya turut menzahirkan rasa simpati dengan nasib insan berkenaan. "Hidup sangat menghimpit sekarang ni, kena berjuang sehabis daya untuk terus bernyawa. "Laptop boleh dikira sebagai sesuatu yang penting pada masa sekarang, peranti utama untuk kita mencari rezeki. Harapnya dipemudahkan urusan abang tu, berat mata memandang, berat lagi bahu memikul," kata warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube