suria

Wanita hamil sakitkan diri, cubaan seksa anak dalam kandungan! - “Aku terpaksa pukul sebab stres”

Isteri bekerjaya sering membantu kewangan suaminya. -Gambar hiasan

MENJADI ibu tunggal bukanlah satu tugasan mudah bagi wanita.

Sudahlah perlu menggalas tanggungjawab sebagai ketua keluarga, tugasan seorang ibu juga perlu dilaksanakan.

Menerusi satu hantaran, seorang wanita berkongsi pengalaman mengharungi bahtera perkahwinan hingga akhirnya karam dan berakhir dengan penceraian selepas memiliki seorang cahaya mata.

Menurutnya, penceraian menjadi pilihan terbaik demi menjaga kesihatan mental dan emosinya kerana sikap bekas suami yang tidak bertanggungjawab dan malas bekerja.

"Bekas suami makin lama makin malas bekerja sebab dia hidup dengan keluarga dia. Jadi mak mentua aku buat keputusan untuk carikan rumah sewa dan bayar deposit.

Layanan mentua pada menantu perempuan sering dipertikaikan. -Gambar hiasan

Layanan mentua pada menantu perempuan sering dipertikaikan. -Gambar hiasan

"Lagipun mak mentua aku nak tengok anak dia boleh berubah dan membantu atau tidak... jadi bermulalah episod kami berpindah.

"Bekas suami malas bekerja dan selalu melepak, puncanya sebab aku ni boleh buat sendiri semuanya... ada kerja dan kereta," ujarya memulakan cerita.

Sebagai isteri, dia juga pada awalnya mengharapkan mahligai yang dibina akan berkekalan dan harmoni sehingga ke akhir hayat.

Namun semakin lama hidup bersama pasangannya itu, dia mendakwa kebajikannya tidak terjaga termasuklah hal berkaitan nafkah.

ARTIKEL BERKAITAN: Dapat ‘order besar’, ibu tinggalkan anak di ICU beli barang buat kuih! Teruja bertukar duka, pelanggan batal tempahan

ARTIKEL BERKAITAN: “Kami utamakan yang berkeluarga saja” - Tuan rumah tak izin menyewa, ibu tunggal 3 anak kecewa status jadi ukuran

Lebih mengecewakan apabila sepanjang tempoh mereka bersama, lelaki itu sering bersikap tidak jujur hingga tergamak mencuri.

"Nafkah langsung tak bagi, dalam beberapa hari dia tipu aku kononnya kena kerja dari pagi sampai malam... tapi tahu-tahu dia melepak dan tak ada hasil.

"Tuan rumah dah minta suruh bayar sewa dan bil elektrik tapi dia tak ada usaha langsung. Akhirnya dia jual barang keperluan aku seperti kamera, telefon dan barang rumah.

"Kad bank aku pun dia ambil senyap-senyap, keluarkan duit untuk melepak," tambahnya.

Situasi yang dialami itu menyebakan dia mengalami tekanan perasaan yang teruk.

Seminggu aku berpantang tanpa suami... rasa aku boleh uruskan sebab mak mentua sangat baik melayan.

WARGA MAYA

Tambahan pula, pada masa itu dia sedang hamil.

"Anak dalam perut aku terpaksa pukul sebab stres sangat... seksa diri aku dan anak dalam perut ni.

"Sehingga saat aku nak melahirkan pun dia sempat melepak lagi. Semasa aku rasa sakit contraction yang sangat kuat, aku hubungi dia dan maklumkan.

"Aku cuba untuk tunggu, supaya dia dapat tengok aku melahirkan anak tapi malangnya dia sampai lambat sambil memberikan pelbagai alasan," luahnya lagi.

Menurut wanita ini, perkara yang paling menyedihkan apabila bekas suaminya tidak ada bersama sepanjang tempoh berpantang.

Warga maya memberikan kata-kata perangsang kepadanya.

Warga maya memberikan kata-kata perangsang kepadanya.

Walaubagaimanapun, dia masih menzahirkan rasa syukur kerana mempunyai ibu mentua yang baik dan sudi untuk menjaganya sepanjang tempoh tersebut.

"Seminggu aku berpantang tanpa suami. Rasa aku boleh uruskan sebab mak mentua sangat baik melayan," tambahnya.

Menjengah ke ruangan komen, warga maya tampil memberikan kata-kata semangat kepadanya.

"Syukurnya dapat mak dan ayah mentua baik walaupun anak mereka macam tu. Semoga Allah melindungi dan merahmati awak.

"Biggest hug untuk awak, teruskan bersemangat.

"Saya doakan awak terus kuat dan cekal untuk hidup yang cuma sekali ini. Semoga Allah lapangkan hati awak, berikan ketenangan dan akal fikiran yang jelas," demikian perkongsian warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain