suria

Lupa ‘log out’ TikTok asbab hubungan terbongkar! Cikgu perempuan isteri orang hanyut bercinta dengan budak sekolah

Perbuatan curang boleh menjadi punca keruntuhan rumah tangga. -Gambar hiasan

WARGA maya kecoh apabila seorang individu mendakwa isterinya menjalinkan hubungan sulit dengan seorang pelajar sekolah.

Menurut pengadu yang berusia 28 tahun itu, dia dan isterinya tinggal berasingan kerana wanita berkenaan bertugas di sebuah sekolah di Sabah.

Dalam perkongsian di platform X pada Khamis, dia mendakwa hubungan terlarang itu terbongkar selepas memeriksa telefon isterinya.

Pose pics for the story on bully cases on the group of kids on May 31.—AZMAN GHANI/The Star

Pelajar sekolah sepatutnya dilindungi dari sebarang anasir jahat. -Gambar hiasan

"Hatiku hancur-sehancurnya apabila dapat tahu isteri aku ada hubungan dengan pelajar sekolah dia, tingkatan lima. Aku tahu apabila kami tukar telefon sebelum dia menaiki penerbangan ke Sabah.

"Aku tengok TiKTok, dia tak log out. Aku baca peti mesej, mereka siap (panggil) sayang-sayang. Hantar video dan merancang pergi bercuti sama-sama.

"Aku menangis dekat ruang parkir Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) lepas dapat tahu dia curang belakang aku," ujar pengadu yang mengakui masih menyayangi isterinya.

Kalau biarkan je, aku dayus ke? Ada ke akta berkenaan pendidik bercinta dengan pelajar dia sendiri?

SUAMI GURU

Bercerita lanjut, pengadu mendakwa dia memiliki bukti yang cukup, namun masih tidak dapat membuat keputusan sama ada mahu bertindak atau berdiam diri sahaja.

Malah katanya, dia juga sudah lama mengesyaki hal itu memandangkan mereka tinggal berjauhan.

"Aku periksa galeri, ada gambar pelajar tu berdua dengan dia. Aku dah cukup bukti ni nak tuduh dia nusyuz. Tapi aku masih sayang dia. Macam mana aku nak tegur isteri aku ni?

ARTIKEL BERKAITAN: Awas gerakan pedofilia dalam media sosial, makin terbuka tunjuk minat terlarang... Cuba semak 9 tanda-tanda pemangsa ‘child grooming’

ARTIKEL BERKAITAN: Abang saudara teman pergi tandas, siap tolong basuh kemaluan... Budak 6 tahun mengadu tak selesa tapi mama tutup mulut!

"Kalau aku biarkan je, aku dayus ke? Ada ke akta berkenaan pendidik bercinta dengan pelajar dia sendiri? Aku tak tahu, buntu nak buat macam mana. Bukti semua cukup, tangkap layar perbualan mereka di TikTok, gambar berdua, rekod panggilan.

"Itu baru dekat TiKTok, belum dekat WhatsApp dia lagi. Entah apa mereka berbual. Aku overthinking sejak dia mengajar jauh dekat sana lagi. Tak sangka overthinking aku benar belaka. Hancur hati aku," luahnya lagi.

Perkongsian individu itu meraih 1,000 ulang kicau (retweet) di platform X dan turut dihujani komen netizen.

Checks on Popular Bookstore, MidValley megamall on the PT3 books availability. — YAP CHEE HONG/The Star

Seorang guru tidak sepatutnya menjalinkan hubungan istimewa dengan murid. -Gambar hiasan

Pelayar media sosial meluahkan rasa simpati terhadap lelaki itu dan meminta agar dia membuat laporan atas perbuatan keji isterinya.

"Aku simpati dekat kau bro. Aku tak tau macam mana nak hadap muka isteri yang kita sayang, curang belakang kita. Tengok muka dia terbayang kecurangan... pedih.

"Bercinta dengan student dia dah salah daripada segi etika, bercinta dengan budak bawah umur pula, bertambah-tambah salahnya. Bini anon memalukan profesion dia dan memalukan wanita.

"Buat report polis, kasi penjara dia. Pedofilia ni makin menjadi-jadi dalam masyarakat," tulis netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain

Pelakon Lan Zailan meninggal dunia