suria

Influencer tak setuju orang kurus sedapkan hati individu obesiti, selesa bertubuh gempal... Tegaskan tak ada gemuk yang sihat!

Proses menurunkan berat badan memerlukan disiplin dan keazaman. -Gambar hiasan

SETIAP anggota yang ada pada tubuh merupakan amanah daripada Allah yang perlu dijaga sebaiknya.

Di platform media sosial, kecoh apabila seorang pelayar cuba menegakkan benang yang basah mengenai isu obesiti dalam kalangan rakyat Malaysia.

Menurutnya, golongan yang berbadan gempal tidak wajar didiskriminasi sebagai kelompok kurang sihat.

Individu gempal mempunyai risiko kesihatan yang tinggi. -Gambar hiasan

"Rakan sepejabat saya ada yang serius jaga kesihatan, ambil makanan yang rebus dan stim je. Tapi hari tu masuk juga hospital sebab kolesterol tinggi, akhirnya kena buat pembedahan.

"Itulah saya nak cakap, jangan ingat orang yang gemuk ni tak sihat. Kadang-kadang tu mereka lebih menjaga kesihatan daripada kita yang berbadan kecil ni," ujar pelayar berkenaan yang difahamkan bertubuh ramping.

Kenyataan pelayar itu pantas mendapat perhatian seorang pempengaruh dikenali sebagai Khuzai yang mendukung agenda tubuh sihat.

ARTIKEL BERKAITAN: Dulu badan berlemak, kini berotot! Wanita kongsi realiti, lelaki gemuk jadi kurus banyak red flag... Berlagak, rasa diri terpaling hebat

ARTIKEL BERKAITAN:Kantoi bermesej dengan awek ramping, 2 bulan kemudian isteri meninggal! Suami remuk hati periksa handphone, troli Shopee arwah

Menerusi hantaran balas yang dibuatnya, Khuzai menegaskan berbadan gempal akan membawa lebih banyak mudarat daripada manfaat.

"Stigma 'badan gemuk tak mengapa, asalkan sihat' mohon jangan kita normalisasikan. Saya tak pasti dia belajar daripada mana ilmu ni. Kalau bawa orang gempal pergi jumpa doktor, mesti akan dinasihatkan untuk turunkan berat badan.

"Ayuh la kita insaf semua, cukup la Malaysia ni dah melarat dengan trend makanan manis dan mukbang, lepas tu timbul pula pemikiran macam ni. Selepas ni orang yang plus size akan berasa selesa dan hilang keazaman untuk kurus.

"Saya tekankan di sini, jadi gemuk tak sihat tau! Cuba awak suruh sesiapa yang badan gempal untuk naik turun tangga atau berlari 100 meter, mesti mengah punya.

Ayat-ayat sebegini akan membuatkan kami leka dan ambil ringan.

KHUZAI

"Kalau Indeks Jisim Badan (BMI) awak melebihi paras normal, itu maksudnya awak dah tak sihat la tu. Jangan nak pusing-pusing lagi," kata Khuzai.

Dalam pada itu, Khuzai juga meminta orang yang berbadan ideal untuk menyalurkan sokongan dengan cara betul kepada individu dengan masalah obesiti.

"Orang kurus saya perasan selalu cakap begini, tak mengapa yang penting awak sihat. Ramai tak faham perspektif kami yang berbadan besar ni, kami takut dengan penyakit. Saya pernah berada dalam situasi (gemuk) itu, Alhamdulillah berjaya keluar.

"Ayat-ayat sebegini akan membuatkan kami leka dan ambil ringan. Ayuh kita bersama-sama mencegah sebelum terlambat," ujar Khuzai menutup bicara.

Pelayar bertukar pandangan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya turut menyokong perspektif yang dikemukakan oleh Khuzai.

"Inilah yang kita katakan sebagai enabler. Dia membenarkan benda tu berlaku walaupun terang-terangan salah. Bahaya orang macam ni.

"Yang perempuan terutamanya kena jaga berat badan, kalau terlebih besar nanti mulalah haid tak teratur dan susah dapat anak.

"Tapi ada betulnya apa dia (pelayar) tu cakap, saya berat 43 kilogram (kg) je, tapi kolesterol agak tinggi. Jadi yang kurus pun tak semestinya selamat daripada penyakit," demikian kata warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain

Pelakon Lan Zailan meninggal dunia