suria

Takut tak ada kawan, rela jadi badut sekolah asrama penuh! Paling malu diperbodohkan depan pelajar perempuan

Pengalaman zaman persekolahan berupaya membentuk keperibadian seseorang. -Gambar hiasan

SETIAP insan mempunyai minat dan cara pembawakan diri yang mungkin berbeza dengan individu lain.

Melalui satu hantaran tular di laman Facebook, seorang lelaki dikenali sebagai Putra Nubhan mengenang kembali zaman persekolahannya yang digambarkan sebagai kelam.

Menurut Putra, situasi ini timbul kerana hobinya yang sedikit janggal daripada rakan sekolah lain sehingga dirinya akhirnya tersisih.

"Aku sekolah waktu akhir tahun 80-an, nak memasuki 90-an. Ketika tu, aku boleh dikatakan budak nerd sebab suka melayari komputer, gemar baca komik dan kaki melukis. Waktu ni semua benda yang aku buat tu boleh dikatakan tak normal.

Pengaruh rakan sebaya boleh membawa kesan buruk. -Gambar hiasan

"Tak ramai budak sekolah aku membesar dengan perkara sedemikian, hanya aku dan beberapa lagi kawan yang hobi macam tu.

"Boleh dikatakan daripada 120 pelajar dalam batch aku, mungkin hanya dalam lima hingga 10 orang yang berkongsi minat seperti aku," imbas Putra.

Susulan itu, sebagai usaha untuk menyesuaikan diri dengan kelompok majoriti di sekolahnya, Putra sengaja menjadikan dirinya seorang pelawak atau 'badut kelas'.

"Tak dinafikan apabila kita golongan minoriti ni, memang kita akan jadi mangsa ejekan dan buli. Walaupun kita hanya buat hal sendiri, tak kacau orang lain pun.

ARTIKEL BERKAITAN: Dulu badan berlemak, kini berotot! Wanita kongsi realiti, lelaki gemuk jadi kurus banyak red flag... Berlagak, rasa diri terpaling hebat

ARTIKEL BERKAITAN: Dikecam malukan negeri sebab ‘ligat’ di TikTok, tapi ada yang sanggup datang rumah nak tengok shooting video - “Saya nak jadi jutawan Terengganu”

"Jadi untuk aku survive dekat sekolah, aku sengaja jadikan diri aku sebagai class clown. Aku selalu buat lawak bodoh, biar diri diperbodohkan semata-mata nak berkawan dan dapatkan perhatian daripada rakan sekelas yang lain.

"Aku tak mahu rasa terpinggir dalam sekolah aku ni. Untuk makluman, aku sekolah berasrama penuh yang campur lelaki dan perempuan," ujar Putra meluahkan perasaannya.

Putra kemudian berkongsikan satu insiden yang meninggalkan kesan mendalam kepada dirinya sehingga ke hari ini.

"Satu peristiwa yang aku tak boleh lupa, ada satu hari ni aku pergi prep (ulang kaji) malam. Aku gerak sekali dengan kawan-kawan lelaki aku. Ketika dah sampai kelas, tiba-tiba mereka berhenti di belakang, tak terus masuk

Aku sedar tak perlu jadi badut dan memperbodohkan diri semata-mata nak diterima masyarakat.

WARGA MAYA

"Mereka cakap nak masuk kelas seorang demi seorang sambil berjoget gaya monyet, kononnya nak buat lawak sama-sama. Mereka suruh aku buat dulu, nanti mereka akan menyusul. Aku pun tak fikir banyak, terus ikutkan je.

"Aku dengan yakin melangkah masuk dalam kelas sambil berjoget macam monyet, tapi apabila aku toleh ke belakang, aku nampak tiada seorang pun kawan aku yang ikut perancangan, mereka masih di luar.

"Dalam kelas tu aku tengok hanya ada perempuan je, mereka pandang aku semacam, gelak pun tidak. Waktu tu aku memang terasa sangat kekok, muka aku cuba menahan malu. Aku perlahan-lahan undur semula keluar dari kelas," kata Putra.

Alangkah terkejutnya Putra apabila melihat rakan-rakannya di luar ketawa terbahak-bahak tatkala dirinya dimalukan di dalam kelas.

Kata-kata adakalanya lebih tajam daripada mata pedang. -Gambar hiasan

"Aku pun ikut ketawa sekali walaupun hati aku sakit sangat, jatuh maruah ni, hanya aku seorang je yang tahu rasanya. Kalau ikutkan nak je aku maki mereka tu, tapi aku pendam sebab tak mahu dipinggirkan dan hilang kawan.

"Aku bawa perangai badut ni sampai ke alam universiti. Apabila dah masuk kerja, barulah aku sedikit matang, aku sedar tak perlu jadi badut dan memperbodohkan diri semata-mata nak diterima masyarakat.

"Siapa nak berkawan atau tak nak berkawan dengan aku, lantak la. Aku tak kisah, aku tak peduli. Hidup kita ni bukanlah semata-mata nak memuaskan hati orang lain, yang paling utama untuk dijaga adalah diri kita sendiri," ujar Putra.

Bercerita mengenai hubungan dengan rakan sekolahnya pada masa kini, Putra berkata dia masih bertanya khabar dengan beberapa individu.

Pelayar bertukar pandangan.

"Sampai ke hari ni, aku masih bercakap dengan geng yang sama minat seperti aku waktu sekolah dulu. Tapi yang lain tu, aku boleh la bertegur kalau terserempak tapi tidaklah sampai nak melepak sekali.

"Lagipun aku bukannya rapat sangat dengan geng tu, hanya seorang 'badut' yang pernah singgah sebentar dalam hidup mereka," kata Putra menutup bicara.

Menjengah ke ruangan komen, warga maya turut berkongsi pengalaman yang hampir serupa.

"Apabila aku baca penulisan ni, ia seolah-olah diari kehidupan aku sendiri. Aku bangga untuk berada dalam kelompok yang 'pelik' waktu zaman sekolah dulu.

"Aku senasib juga seperti kamu, sebab tu aku tak pernah pergi lagi reunion sekolah, mengaibkan diri je," kata warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain

Pelakon Lan Zailan meninggal dunia