suria

Isteri askar merengek nak X50, ‘marah’ kerja gomen pun kena guarantor! Jurujual buntu gaji bersih klien tinggal RM1,100

Ramai beranggapan penjawat awam tidak mempunyai masalah untuk membuat pinjaman bank bagi membeli kenderaan. -Gambar hiasan

PASTI ramai dalam kalangan kita biasa mendengar ungkapan peribahasa 'ukur baju di badan sendiri'.

Lazimnya ungkapan ini dikaitkan dengan kemampuan kewangan seseorang lebih-lebih lagi jika melibatkan pembelian dalam jumlah yang besar.

Dalam satu hantaran di media sosial, seorang pelayar dipercayai bekerja sebagai penasihat jualan (sales advisor) kereta berkongsi situasi kliennya yang tersepit antara kemahuan isteri dengan pendapatan bulanan yang sekadar cukup makan.

X50 1

Pentingnya komunikasi antara suami dan isteri lebih-lebih lagi melibatkan situasi kewangan. -Gambar hiasan

"Ada seorang customer datang nak cari kereta. Nak beli (Proton) X50, banyak kali dia cakap wife dia nak sangat kereta ni. Kalau ikutkan dia, dia tak nak pun.

"Tapi tengok gaji bersih cuma tinggal RM1,100 sahaja. Tengok pada payslip dia dah high commitment," kongsi individu berkenaan.

Menurut individu tersebut, meskipun kliennya merupakan penjawat awam yang bekerja sebagai anggota tentera, namun pendapatan bersih yang diperoleh tidak melayakkan dirinya mendapat kelulusan pinjaman bank untuk kenderaan tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Mak ‘demand’ X50 baharu, anak terbantut niat nak hadiahkan Viva terpakai! Lepas ‘siasat’ baru tahu punca ibu ubah fikiran

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri cikgu, suami polis... Pasangan mengadu gaji habis bayar loan selepas beli Proton X70, belanja sebulan tinggal RM550

"Bukan setakat X50, Saga pun tak lepas. Tapi wife dia still tak faham. Mati-mati nak X50.

"Dia pun buntu dah nak buat macam mana. Wife dia siap call saya cakap 'eh kerja goverment pun nak guarantor ke?'. Otak jammed sekejap," kongsinya lagi.

Aduh gaji bersih pun ngam-ngam bayar sebulan X50 full loan. Nak makan apa?

NETIZEN

Sebagai makluman, sekiranya gaji seseorang kurang daripada syarat gaji minimum yang ditetapkan oleh pihak bank, penjamin atau guarantor diperlukan untuk menyokong permohonan pinjaman kenderaan tersebut.

Menerusi semakan di laman sesawang protonbest.com, harga bagi kenderaan model X50 untuk tahun 2024 bermula dari RM88,977 untuk model standard, manakala bayaran bulanan pula dalam anggaran RM1,106 (tujuh tahun) dan RM895 (sembilan tahun).

Menjengah ruangan komen, rata-rata warga maya mengecam isteri kepada klien individu berkenaan kerana tidak memahami 'poket' suami sendiri.

X50 3

Antara warga maya yang mengecam isteri kepada anggota tentera tersebut kerana tidak memahami situasi kewangan suami sendiri.

"Abang tu patut tukar wife, bukan tukar kenderaan.

"Kelakar... ini mesti bini jenis nak tunjuk dekat orang yang laki kerja government boleh keluarkan X50, realitinya tidak.

"Aduh gaji bersih pun ngam-ngam bayar sebulan X50 full loan. Nak makan apa?

"Itu belum servis, minyak dengan road tax lagi. Kurang-kurang sebulan dia kena simpan dekat RM2,000 untuk kereta tu. Fikir baik-baik," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain

Pelakon Lan Zailan meninggal dunia