suria

Proses renovasi terganggu! Jiran asyik arah kontraktor berhenti buat kerja sebab bising, ganggu anak ‘work from home’

Proses renovasi sesebuah kediaman ada kalanya tidak disenangi jiran tetangga kerana masalah pencemaran bunyi. -Gambar hiasan

ANTARA perkara pertama yang kita akan lakukan selepas memiliki kediaman adalah melakukan pengubahsuaian mengikut konsep dan cita rasa atau membaiki kerosakan tertentu.

Salah satu syarat yang perlu dilakukan sebelum pengubahsuaian adalah memperoleh kelulusan daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau badan pengurusan bersama (JMB) jika menetap di hartanah jenis strata.

Walaupun sudah mendapat kelulusan daripada pihak berwajib, namun ada kalanya timbul pula masalah daripada jiran sekeliling yang mendakwa terganggu ketika proses renovasi dijalankan, sebagaimana kisah yang dikongsikan oleh seorang individu ini.

"Saya beli rumah teres subsale dah berusia 35 tahun, saya buat minor renovation iaitu pendawaian semula, tukar tandas cangkung kepada tandas duduk dan repair bahagian rosak.

"Masalah saya ialah jiran sebelah asyik kacau tukang buat kerja. Kata bisinglah, tanya bila nak siaplah, anak work from home lah.

"Dan ada kalanya kena stop kerja setiap hari dalam sejam lebih sebab anak nak meeting," luahnya dalam satu laman grup di Facebook.

pic 2

Proses renovasi dilakukan bagi mengubahsuai kediaman mengikut konsep dan cita rasa atau membaiki kerosakan tertentu. -Gambar hiasan

Menurut individu yang tidak mendedahkan identiti diri itu, sebelum proses renovasi dilakukan, dia sudah memaklumkan kepada jirannya lebih awal agar mereka bersedia.

Malah tambahnya, proses renovasi yang dilakukan oleh kontraktor di kediamannya berjalan sebagaimana waktu yang ditetapkan oleh pihak PBT.

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai bantah anak ubah suai rumah mak ayah, sampai nak mohon personal loan - “Buat apa renovate, nanti jadi harta pusaka”

ARTIKEL BERKAITAN: Berbulan hadap bunyi bising gerudi, habuk simen... wanita stres jiran renovate rumah langsung tak ada common sense, siap 'sembur' kontraktor - “Kau senanglah tak duduk sini!”

"Sebulan sebelum saya start minor renovation tu, saya dah bawa masuk jiran ni tengok keadaan dalam rumah kami yang sangat teruk dan perlu dibaiki.

"Alih-alih dia tak tahan bunyi drill setiap hari, berubah... Adakah salah menjalankan kerja renovation sewaktu office hour 8 pagi hingga 6 petang?

"Itu pun saya suruh start 9 pagi ke atas tak nak bising awal pagi sangat," tulisnya lagi.

Dia rasa tergugat sebab jiran baru dia rumah lebih cantik daripada dia.

NETIZEN

Apa yang membuatkan dia geram, jirannya tanpa segan silu mengganggu pekerja yang sedang melakukan renovasi, malah menceroboh kediamannya.

"Saya dah kata, tak puas hati sila report PBT dan polis.

"Apa tindakan saya boleh ambil sebab mereka ni jenis tak malu masuk rumah orang, tegur pekerja yang sedang buat kerja.

"Pekerja situ saya bayar, bukan dia," luahnya lagi.

pic 3

Sebahagian daripada reaksi warga maya terhadap perkongsian individu berkenaan.

Hantaran berkenaan mengundang perhatian warga maya dengan rata-ratanya menyarankan supaya individu tersebut membuat laporan kepada pihak berkuasa atas dakwaan pencerobohan.

"Dia rasa tergugat sebab jiran baru dia rumah lebih cantik daripada dia.

"Apa-apa pasang CCTV dulu. Kalau dia buat kianat dekat premis sekurang-kurangnya ada bukti. Lepas tu tak payah layan dia. Teruskan kerja smpai siap. Susah dapat jiran banyak songeh.

"Jika dah ada kebenaran PBT, pedulikan sajalah. Takkan anak dia meeting kita pula nak pergi bayar sewakan tempat untuk dia semata-mata alasan gangguan?" demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain

Pelakon Lan Zailan meninggal dunia