suria

Murid darjah 1 ajar rakan buat aksi tak senonoh guna jari, belajar dari internet! Siap tunjuk pada cikgu apa ditaip

Jangan biarkan kanak-kanak guna gajet tanpa pemantauan. -Gambar hiasan

JIKA kanak-kanak dahulu hanya tahu bermain permainan, baling selipar dan kejar-kejar, generasi kini lebih maju dengan adanya aplikasi seperti YouTube, Instagram, Facebook serta TikTok.

Tanpa menolak kelebihan dan manfaatnya, penggunaan teknologi ini sebenarnya harus diselia dan dikawal khususnya dalam kalangan kanak-kanak.

Dalam mengejar kemajuan teknologi, kanak-kanak tidak terlepas daripada terdedah dengan pelbagai pengaruh negatif yang ditonton menerusi aplikasi-aplikasi tersebut.

Seperti perkongsian seorang ibu menerusi akaun @bondaawesome_ di laman Threads, dia menceritakan tentang pengalamannya dan anak lelaki berusia tujuh tahun yang amat mengejutkan.

Ustazah juga hairan akan keakraban kedua murid itu. Foto: Threads.

Kedua-dua murid itu dikatakan tidak begitu akrab sekadar rakan satu kelas. Foto: Threads

Menurut wanita ini, anak lelakinya dituduh mengajar rakan sekelas melakukan perkara di luar jangkauan pemikiran kanak-kanak seusianya, iaitu mencucuk jari ke lubang bontot seterusnya membuat bunyi pelik.

Perkara ini terbongkar apabila anak lelakinya yang bernama Sufi pulang dari sekolah dan memberitahu bahawa dirinya difitnah oleh seorang rakan (A).

“Bonda, abang baru tahu yang A fitnah abang.

“A cakap abang ajar dia pelik-pelik. Cikgu F panggil abang dan dia (A), cikgu tanya abang betul ke awak ajar A cucuk jari ke bontot dan buat bunyi pelik?” demikian cerita Sufi kepada ibunya.

Saya doakan ibu bapa A juga baik-baik saja dan jangan kecewa walau saya tahu ia berat untuk diterima

IBU MURID MANGSA FITNAH

Sebagai ibu, wanita itu berkata, bulu romanya terus berdiri dan dia tergamam mendengar cerita yang keluar dari mulut anaknya.

Jelasnya, sebelum ini Sufi pernah bercerita tentang tindakan rakannya membuka seluar, bergurau cium alat sulit tetapi tidak terlintas di fikirannya A yang melakukan perkara tersebut.

“Saya dengar dan hanya berpesan pada anak supaya jangan buat perkara sama kerana tidak baik dan berdosa," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Video tak senonoh tersebar, bapa pukul Adam Mika... “Ia bukan anak saya, ruang rumah kami bukan macam tu”

ARTIKEL BERKAITAN: Remaja perempuan rasa ‘kotor’, ketagih video lucah sejak usia 8 tahun! Lepas nampak ibu bapa berasmara, terus cari ‘online’

Bercerita lanjut, wanita itu berkata, seperti ibu bapa lain dia yakin anaknya tidak melakukan perkara sedemikian, namun perasaan ingin tahu membuak-buak justeru dia menghubungi ustazah dan guru anaknya untuk membantu menyiasat tuduhan itu.

“Saya ternanti-nanti dan tepat jam 4.50 petang (Isnin) cikgu kelas call. Cikgu bagitahu A mengaku yang dia cuma sebut (tuduh) nama Sufi bila kantoi dengan ibunya.

“Dia mengaku bukan Sufi yang buka seluar depan dia dan seorang lagi murid (R), tapi dia yang buka seluar di hadapan mereka berdua.

“Dia mengaku dia tengok YouTube dan dia tunjuk pada cikgu kaunseling apa yang dia taip dan sangat mengejutkan untuk budak darjah 1. Saya dan suami sangat bersimpati sebenarnya. Moga A baik-baik saja,” tulisnya.

Cikgu kelas menerangkan keadaan yang berlaku. Foto: Threads

Guru kelas mula menyiasat apa sebenarnya yang berlaku. Foto: Threads

Jelasnya, guru kelas Sufi juga banyak kali meminta maaf kerana lewat memaklumkan perkara ini memandangkan dia tidak mahu mengganggu proses pembedahan tonsil Sufi pada Ogos lalu dan proses penyembuhan selama dua minggu.

“Saya doakan ibu bapa A juga baik-baik saja dan jangan kecewa walaupun saya tahu ia berat untuk diterima.

“Mereka masih kecil dan pasti ada cara untuk bendung pada peringkat awal. Kita ibu bapa gen Z, dunia zaman sekarang memang tiada sempadan dan menakutkan. Moga jadi pengajaran untuk kita semua,” tulisnya.

Ibu A kesal akan tingkah laku anaknya terhadap Sufi. Foto: Threads

Ibu A kesal dengan tingkah laku anaknya terhadap Sufi. Foto: Threads

Perkongsian wanita itu mendapat perhatian ibu bapa lain yang turut bimbang memikirkan cabaran membesarkan anak dalam dunia moden.

“YT Kids pun dah tak selamat sekarang. Banyak video yang "butt prank" pakai costume Spiderman atau puteri di mana pelakonnya lelaki dewasa. Kalau boleh jangan bagi tengok kartun barat langsung.

“Ya Allah risau, anak perempuan baru lima tahun lelaki lima bulan. Tenat dunia sekarang” demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain

Pelakon Lan Zailan meninggal dunia