GURAUAN ternyata akan mewarnai kehidupan sesiapa sahaja. Namun setiap kata-kata atau tindakan yang dilakukan itu perlulah berpada-pada dan tidak membelakangi tata susila. Berkongsi pengalaman sama, seorang tutor Bahasa Melayu, Shifa Kamardin mendedahkan satu bentuk gurauan yang telah dinormalisasikan masyarakat sejak zaman dahulu. "Masa aku kecil dulu, aku ingatkan bergurau londehkan seluar adik beradik itu normal. Gurauan yang biasa bagi aku kerana selalu nampak orang terdekat buat begitu pada aku dan juga adik-adik. Mangsa gurauan 'kasar' cenderung mengalami trauma fizikal. -Gambar hiasan "Asal kami jalan sikit je, seluar akan ditarik sedikit. Kemudian, gurauan tersebut disertai dengan gelak ketawa apabila kami terkial-kial membetulkan seluar yang terlondeh tu," ujarnya memulakan cerita. Menurut Shifa, perbuatan yang sering dilihat dan dialami itu membuatkan dia mula terikut-ikut melakukannya. Malah baginya, tindakan tersebut adalah perkara biasa yang dilakukan dengan tujuan sekadar untuk bergurau. "Aku pun ikutlah perlakuan tersebut dan buat perkara yang sama pada adik-adik aku kerana anggap itu hanyalah gurauan. ARTIKEL BERKAITAN: Gurauan kasar tarik kerusi bawa padah, murid istimewa patah tulang belakang! Ibu tak sanggup dengar anak asyik menangis ARTIKEL BERKAITAN: “Kami sekeluarga mohon maaf” - Bapa murid darjah 1 maklum anak bergurau londeh seluar kawan, kini trauma nak pergi sekolah "Sampailah satu masa, aku bergurau ketika bermain dengan jiran dan dia tegur... tak malukah melawak londehkan seluar dan (perbuatan) itu bukanlah gurauan," katanya lagi. Dia yang terkesima dengan teguran jiran mula mengambil serius tentang baik buruk gurauan seumpama itu. "Bermula saat itu, aku tak melawak macam tu sebab boleh menjatuhkan maruah dan mengaibkan sebenarnya. "Apabila dewasa, aku takkan benarkan sesiapa pun bergurau macam tu. Kitaran ni akan terhenti jika kitalah pemula dalam generasi kini untuk hentikan gurauan yang keterlaluan," tambahnya. Gurauan pada alat sulit atau berkaitan alat sulit boleh masuk kategori gangguan seksual. Memang kena dicegah sejak kecil. WARGA MAYA Baginya, tindakan tersebut akan membuatkan seseorang terdedah kepada gangguan seksual dan cenderung menjadi mangsa pedofilia. Pada masa sama ia akan memperlihatkan batas aurat individu tersebut yang menjadi mangsa gurauan. Menjengah ke ruangan komen, kebanyakan warga maya bersetuju dengan pandangan dan perkongsian yang dibuat Shifa. Ramai yang berharap gurauan seumpama itu dihentikan dan tidak dinormalisasikan bagi mengelak jenayah seksual berlaku. Warga maya berkongsi pengalaman dan pandangan masing-masing. "Satu lagi gurauan tarik tudung. Aku memang benci guraun ni sejak aku kecil, ditariknya tudung tu sampai terlondeh ke leher, dah la susah nak betulkan... tudung pun rosak. "Waktu zaman kanak-kanak kalau buat macam tu boleh lagi diterima akal sebab akal budak, tapi, apabila baru-baru kahwin, datang kakak ipar tonyoh buah dada kita konon gurau... memang tak masuk akal dan biadab yang teramat. "Gurauan pada alat sulit atau berkaitan alat sulit boleh masuk kategori gangguan seksual. Memang kena dicegah sejak kecil. "Dulu sepupu aku selalu kena buli macam ni, yang buli sepupu lelaki dewasa, depan orang tua lain. Menangis dia, yang tua-tua pula gelak. Bila jahil inilah jadinya," demikian perkongsian warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube