suria

Wanita bawa diri lepas cerai, bekas suami hampir gila rindukan janda! Menyesal tak sudah ‘pasang 2’ - “Saya sunyi walau ada GF”

Perbuatan curang tboleh menghancurkan sesebuah rumah tangga. -Gambar hiasan

PASTI ramai dalam kalangan kita biasa mendengar ungkapan 'manusia hanya akan belajar menghargai apabila berlaku kehilangan'.

Demikianlah kisah yang dikongsikan oleh lelaki ini mengenai penyesalannya kerana melakukan kesilapan sehingga bahtera perkahwinannya dilanda badai.

Menerusi luahan yang dikongsikan di laman sosial, lelaki yang tidak mendedahkan identiti diri itu berkata, segala-galanya bermula apabila dia jatuh cinta kepada wanita lain dan menduakan isterinya.

"Salah saya buka pintu hati untuk orang lain masuk dalam hidup kami. Tapi bekas isteri sangat tenang bila saya memberitahunya mengenai perkara itu.

"Dia ambil masa dua minggu untuk 'hadam' pasal ni. Tapi dalam dua minggu tu dia lakukan tugasnya sebagai seorang isteri macam biasa cuma kami tiada komunikasi.

"Selepas dua minggu, dia beritahu yang dia setuju untuk saya nak kahwin lain tapi saya kena lepaskan dia.

"Dan dia janji satu sen pun dia tak kan tuntut sebab dia pun bekerja dan dia boleh bina hidup baru sendiri," luahnya.

wanita 1

Wanita mudah tawar hati selepas kepercayaan yang diberikan dihancurkan suami sendiri. -Gambar hiasan

Menurut lelaki tersebut, keputusan isterinya itu membuatkan dirinya berada dalam dilema memandangkan dia masih menyayangi wanita berkenaan seperti mana sebelum ini.

"Tiada kurangnya dia sebagai isteri... saya yang salah sebab buka ruang untuk orang lain masuk dalam hidup kami. Panjang saya fikir sebab sayangkan kedua-duanya," katanya.

Berat hati mahu menuruti permintaan tersebut, lelaki berkenaan berkata dia melakukan pelbagai cara agar isterinya berlembut hati dan menarik balik keputusan untuk bercerai.

Namun ujarnya, usaha yang dilakukan tidak berjaya kerana wanita tersebut nekad mahu berpisah.

ARTIKEL BERKAITAN: Beri alasan ‘awak dah tak menarik’ selepas kantoi bawa skandal balik rumah, suami gila bayang tengok isteri pasang badan ketika proses cerai

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita terhegeh-hegeh, cuba bermacam helah nak balik dekat bekas suami... ‘Lupa’ dulu curang dengan laki orang

"Akhirnya saya akur dan decide untuk lepaskan dia. Saya dan isteri bercerai awal Januari hari tu.

"Dan saya janji dengan dia yang saya akan selalu ada untuk dia kalau dia perlukan kawan untuk bercerita, menumpang bahu, perlukan pertolongan, dan lain-lain. Dia senyum dan angguk," ceritanya.

Bagaimanapun tambah lelaki itu, bekas isterinya benar-benar menjauhkan diri selepas mereka rasmi berpisah sehingga sukar untuk dihubungi.

Perempuan ni sekali kau khianati dia, masa tu kau tak kan jumpa dirinya yang dulu.

NETIZEN

"Dia deactivate semua media sosial. Tinggal WhatsApp dan Telegram. Lepas dah habis tempoh edah, dia terus hilangkan diri. WhatsApp, call langsung tak berjawab. Dia tak block saya tapi dia memilih untuk mendiamkan diri.

"Jujurnya saya rasa sangat sunyi sejak bercerai walaupun ada girlfriend. Tapi entah, tak sama," luahnya.

Tambahnya lagi, dia berusaha menjejaki bekas isterinya di rumah bekas mentua dan menerusi rakan-rakan, namun semuanya menemui kegagalan.

"Saya fikir dia takkan berubah even dah tak bersama sebab itu yang kami janjikan. Tapi saya rasa macam kena tipu.

"Saya tak tahu nak cari dia dekat mana. Saya dah separa gila... macam ni rupanya rasa kehilangan pasangan," luahnya lagi.

komen wanita

Antara komen netizen terhadap perkongsian individu berkenaan.

Perkongsian lelaki berkenaan mengundang reaksi pelbagai di laman sosial.

Ada yang meluahkan rasa simpati, namun tidak kurang juga ada yang menyifatkan apa yang berlaku adalah kifarah kerana mengkhianati bekas isterinya.

"Perempuan ni sekali kau khianati dia, masa tu kau tak kan jumpa dirinya yang dulu. Sekali dia melangkah, dia tak akan kembali.

"Macam tu juga dia rasa tertipu bila kau cakap sayangkan dia tapi kau ada orang lain.

"Menyesal tiada gunanya. Sebab itu fikir banyak kali kesan dan akibat sebelum buat sesuatu," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain