suria

Cemerlang tapi seks songsang! Wanita dedah ramai lepasan SPM gay sangkut ujian HIV, setiap hari pasti ada kes positif

Lepasan SPM perlu menjalani pemeriksaan kesihatan sebelum memasuki alam universiti. -Gambar hiasan

GAYA hidup masyarakat masa kini sering dikaitkan dengan punca masalah sosial sehingga ramai disahkan positif HIV.

Menerusi satu hantaran, seorang wanita berkongsi situasi semasa membabitkan penghidap HIV yang kebanyakannya membabitkan anak muda dan golongan remaja.

"Kakak ipar saya kerja di bahagian makmal klinik kesihatan.

"Dia cakap yang ramai sangat budak-budak muda terutama lelaki buat pemeriksaan kesihatan untuk sambung belajar tapi sangkut HIV," ujarnya memulakan cerita.

Kit ujian HIV boleh diperoleh daripada badan-badan NGO berdaftar. -Gambar hiasan

Kit ujian HIV boleh diperoleh daripada badan-badan NGO berdaftar. -Gambar hiasan

Lebih mengejutkan apabila wanita ini turut mendedahkan bahawa bilangan pesakit yang direkodkan dalam sehari adalah kira-kira dua hingga tiga orang.

Bukan itu sahaja, dia juga menyatakan kebanyakan pesakit adalah mereka yang terbabit dalam hubungan songsang.

"Jumlahnya pula bukan sikit-sikit, dalam sehari dapat dua tiga kes. Pegawai perubatan perlu selidik macam mana jangkitan boleh berlaku, jadi lepas korek cerita... rupa-rupanya ramai yang gay.

"Sayanglah sebab umur muda-muda dan masih belasan tahun dengan keputusan cemerlang tapi kena HIV positif.

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki lembut kerap sakit, marah doktor suruh buat ujian HIV... Keputusan ‘positif’ baru nak cerita kisah gelap dengan housemate

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda hidap HIV tak selesa IPT ambil tahu status kesihatan, risau tak dapat masuk universiti - “Kami penat, takut didiskriminasi”

"Ada satu lagi kes melibatkan penjawat awam. Apabila ditanya, dia dengan santai jawab yang dia baru balik dari Hat Yai (Thailand).

"Katanya, 'kawan-kawan semua langgan, takkan diaorang sedap-sedap saya tengok je'... kemudian tiba-tiba dia tanya sama ada kawan-kawan dia positif atau tidak sebab dia positif," ujar wanita ini.

Menurutnya, perkara yang paling menyedihkan adalah pasangan kekasih yang datang untuk melakukan ujian HIV sebelum berkahwin.

Paling takut anak perempuan kita kahwin dengan lelaki yang songsang tapi dia tak tahu dan lelaki tu berwatak baik sopan.

WARGA MAYA

"Datang pasangan ni buat ujian HIV sebab nak kahwin tapi yang lelaki sangkut positif.

"Tak pasal pelamin anganku musnah kerana lelaki pilihan yang begitu rancak," tambahnya sambil berharap keluarganya terhindar daripada perkara seperti itu.

Perkongsiannya itu mendapat perhatian ramai gara-gara pendedahan yang dilakukan.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang meluahkan rasa terkejut dengan situasi semasa berkaitan jangkitan HIV.

Warga maya turut berkongsi pengalaman masing-masing.

Warga maya turut berkongsi pengalaman masing-masing.

Tidak kurang juga yang berkongsi pengalaman sama ketika berurusan dengan pesakit HIV positif.

"Aku ada kenalan lelaki yang berpakaian seperti perempuan, dia pegawai perubatan... baru-baru ni dapat tahu yang dia positif HIV sebab pasangan seks sampai 50 orang.

"Saya pegawai perubatan yang jaga pesakit TB. Minggu lepas ada seorang pesakit yang datang, dia hidap HIV... mereka yang positif cenderung untuk dapat TB.

"Paling takut anak perempuan kita kahwin dengan lelaki yang songsang tapi dia tak tahu dan lelaki tu berwatak baik sopan.

"Terfikir kenapa lelaki nak jadi gay, masing-masing sama je," demikian luahan warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain