PENGALAMAN membentuk seseorang itu untuk melihat dunia dengan cara berbeza. Semakin lanjut umur, semakin luas perspektif tentang kehidupan ini. Melalui satu luahan tanpa nama di laman X, seorang wanita berkongsikan pandangannya mengenai ciri-ciri pasangan yang secocok. Impian terlalu tinggi terhadap pasamngan mungkin boleh mengecewakan diri. -Gambar hiasan Menurut wanita itu, dia mempunyai tanggapan bahawa pasangan lelaki yang sempurna adalah mereka yang mampu meminati hobi sama seperti dirinya. "Kepada kaum Hawa sekalian, carilah teman sehidup semati yang bersemangat nak mencuba semua makanan dan minuman kegemaran awak. "Seseorang yang teruja nak menonton filem atau siri televisyen kesukaan awak. Seseorang yang tak pernah bosan melayan lagu yang awak dengar setiap hari walaupun dia langsung tak minat semua tu, tapi dia buat juga demi awak. ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda rimas lihat diskusi rumah tangga di media sosial, pelik pasangan bermasalah minta nasihat orang dah bercerai berai ARTIKEL BERKAITAN: Wanita kagum rakan lelaki berbangsa Cina ringan tulang, tak bagi isteri buat kerja rumah... Netizen kongsi sikap suami Melayu "Seseorang yang gigih mengetahui segala selok-belok tentang diri awak, tak pernah jemu berbual dengan awak siang dan malam. Paling penting, penyabar. Inilah yang dinamakan sebagai cinta sejati," ujarnya penuh keyakinan. Menjengah ke ruangan ciapan balas, rata-rata warga maya menganggap wanita itu sebagai naif dan masih mentah dalam hubungan percintaan. "Awak ni mesti dalam fasa awal dilamun cinta, kriteria awak gambarkan tu semuanya dunia tipu-tipu je, percayalah cakap saya yang sudah lama berkahwin ni. Waktu nak memikat hati si dia, segalanya pun sanggup sampai lautan api mampu diredah. Maksud sekufu dalam rumah tangga bukanlah untuk menyukai benda sama, tapi saling memahami dan menerima pasangan seadanya. WARGA MAYA "Tapi apabila sudah bertahun-tahun bersama, baru la nampak belang sebenar. Jangan paksa diri untuk meminati suatu benda sebab cinta, nanti awak juga yang penat. Setahun dua mungkin boleh berlakon lagi, tapi selepas tu? "Maksud sekufu dalam rumah tangga bukanlah untuk menyukai perkara sama, tapi saling memahami dan menerima pasangan seadanya. Pelayar bertukar pandangan. "Contohilah saya, suami suka tengok kartun Jepun (anime) manakala saya pula suka rancangan memasak, Masterchef. Saya jujur daripada awal memang tak boleh masuk dengan minat suami, dan dia pun tak pernah paksa saya untuk tengok. "Alhamdulillah bahagia je rumah tangga kami," ujar warga maya berkongsi pengalaman. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube