LUMRAH ketika di alam percintaan, kebanyakan individu sanggup berkorban apa saja demi menunjukkan rasa sayang kepada pasangan. Tatkala hubungan cinta dilanda badai, setiap keburukan pasangan sedikit sebanyak akan diungkit, malah ada kes yang berlarutan sehingga membabitkan proses perundangan sebagaimana yang dikongsi oleh individu ini. Menurut individu ini yang tidak mendedahkan identiti diri, sepanjang perkenalan dengan teman wanitanya sekitar lebih tiga bulan lalu, gadis itulah yang menanggung setiap perbelanjaan mereka berdua. "Sepanjang perkenalan, saya tidak pernah keluarkan duit cuma dia sahaja yang keluarkan duit, bayar hutang saya dan lain-lain," kongsinya. Fasa bercinta adalah waktu yang perlu digunakan sebaik-baiknya untuk mengenali pasangan masing-masing. -Gambar hiasan Menurut individu tersebut, hubungan cinta mereka bagaimanapun menghadapi masalah ketika ini dan tanpa disangka, teman wanitanya menuntut kembali setiap wang yang pernah dibelanjakannya. "Dia tuntut untuk bayar semua duit dia balik dan ugut untuk ambil lawyer," ujar individu berkenaan. ARTIKEL BERKAITAN: Akibat cinta toksik, gadis ini hidap kemurungan! Mujur pakwe baharu penyayang, control ubat takut kekasih telan ‘overdose’ ARTIKEL BERKAITAN: Label janda cerai hidup sebagai ‘toksik buangan’, lelaki teruk dikecam... Minta sedar diri kaum Adam pun banyak biawak hidup! Tambahnya, situasi tersebut benar-benar di luar jangkaannya sekali gus membuatkan dirinya buntu apatah lagi dia tidak mempunyai wang untuk membayar kembali kepada wanita berkenaan. Mungkin di dunia lepas tapi akhirat tetap tak lepas. Fikirkanlah. NETIZEN "Pertanyaan saya, adakah saya boleh dikenakan tindakan jika saya tidak membayar kerana saya memang tiada duit. "Dan tidak pernah ada sebarang bukti yang mengatakan saya hendak membayar balik atau berhutang dengannya," tulisnya meminta pandangan warga maya. Perkongsian berkenaan mengundang perhatian netizen namun rata-ratanya tampil menyokong tindakan teman wanita kepada individu tersebut. Luahan individu berkenaan yang dikongsikan di laman sosial. "Memang patut dia ambil tindakan... seronok kau ye berhutang tak mahu bayar. "Dah tahu tak ada duit janganlah mengada-ngada nak berbini atau ada awek. Pergilah cari kerja, bayar balik duit awek tu. Jangan malas. "Sebagai seorang 'biawak', baliklah ke habitat asal anda kerana di sana tiada siapa yang nak tuntut hutang dari anda. "Mungkin di dunia lepas tapi akhirat tetap tak lepas. Fikirkanlah," demikian antara komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube