APABILA sudah memasuki alam pekerjaan, setiap individu semestinya perlu berdisiplin kerana terikat dengan komitmen serta peraturan yang ditetapkan oleh majikan. Sebagai pekerja, kita tidak boleh sewenang-wenangnya mengikut 'kepala' sendiri sehingga melanggar peraturan, misalnya membabitkan cuti. Dalam satu hantaran di media sosial, seorang individu meluahkan rasa kesal terhadap majikannya yang dikatakan enggan meluluskan cuti yang sudah dimohon lebih awal. Setiap pekerja tertakluk kepada peraturan syarikat. -Gambar hiasan "Saya mohon cuti Sabtu, Selasa dan Rabu. Ahad dan Isnin memang cuti. Tapi majikan maklumkan Selasa dan Rabu sahaja boleh cuti. "Jadi saya ambil MC (cuti sakit) hari Sabtu dan teruskan cuti sampai Rabu. "Tapi pada hari Isnin pagi, majikan maklumkan Selasa dan Rabu tak diluluskan pula," tulisnya menceritakan situasi yang dialami. Menurut individu yang tidak mendedahkan identiti itu, majikannya memberi kata dua sekiranya dia tidak hadir bekerja pada dua hari berkenaan (Selasa dan Rabu). ARTIKEL BERKAITAN: Staf pemalas bagi alasan hujan, lupa bos tahu tempat kerja dekat rumah... Matahari dah keluar tetap menipu nak cuti! ARTIKEL BERKAITAN: Sayang syarikat, komited kerja... Ada staf bangga tak ambil EL dan MC! Auditor tampil perjelas kesannya "Kalau teruskan bercuti, saya akan diberhentikan kerja 24 jam. "Selasa dan Rabu tu saya memang di luar kawasan jadi saya tak pergi kerja dan terus diberhentikan kerja," kongsinya. Kesian majikan tau bila kita main cuti-cuti. Staf lain pun tak suka. Kerja jadi pending. NETIZEN Terasa dirinya dianiaya, individu berkenaan memohon pandangan daripada warga maya mengenai tindakan yang boleh diambil terhadap majikannya itu. Bagaimanapun, individu berkenaan teruk dikecam netizen malah mereka berpendapat tindakan diberhentikan kerja sememangnya layak untuk dirinya kerana menipu. Netizen menyifatkan situasi yang berlaku adalah pengajaran buat individu berkenaan. "Majikan dah luluskan cuti Selasa dan Rabu tapi awak pentingkan diri, tak bertimbang rasa terhadap company dengan MC hari Sabtu. Sekarang ni boleh dah cuti lama-lama. "Jadikan pengajaran. Dah apply cuti tak diluluskan, ganti dengan MC pula... memang nampak sangatlah menyalahgunakan MC. Sebab tu cuti Selasa Rabu pun kena tarik balik. "Majikan dia ni dah toleransi bab cuti tapi pengadu nak juga 'rembat' MC. "Kesian majikan tau bila kita main cuti-cuti. Staf lain pun tak suka. Kerja jadi pending," demikian antara komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube