suria

Ngeri! Wanita derita kulit muka bernanah selepas pulang dari Kawah Putih... Balik hotel, katil pula digoncang

Keadaan wajah Wanie selepas pulang melawat Kawah Putih.

MELANCONG ke luar negara sepatutnya memberikan pengalaman yang menyeronokkan kepada sesiapa sahaja, terutama sekali apabila destinasi idaman itu dikunjungi bersama insan tersayang.

Bagaimanapun situasi berbeza dialami wanita ini apabila percutian impian memberikan pengalaman yang mengerikan.

Menerusi gambar yang dikongsikan di laman TikTok Wanie Waniter, kelihatan kulit wajahnya dipenuhi ruam kecil yang bernanah selain kelihatan tegang dan mengelupas.

Sekali imbas, dia seolah-olah mengalami masalah kulit kronik yang memerlukan rawatan segera.

Berkongsi cerita dengan mStar, dia yang ingin dikenali sebagai Wanie berkata, selain kulit wajahnya menjadi rosak selepas berkunjung ke lokasi popular di Bandung, Indonesia, dia dan anak kecil juga mengalami gangguan misteri sepanjang berada di hotel.

Wanie tidak merasai sebarang perubahan pada wajahnya sepanjang berada di Kawah Putih.

Wanie tidak merasai sebarang perubahan pada wajahnya sepanjang berada di Kawah Putih.

Memulakan cerita, ujar wanita berusia 28 tahun ini, percutian ke Indonesia bermula 13 September lalu bersama suami, anak dan keluarga mentuanya.

"Saya mengikut trip satu bas bersama suami, anak dan keluarga mentua. Pada 13 September tu, kami tiba di Jakarta pada waktu tengah hari dan dihantar ke hotel pada sebelah malam.

"Perjalanan bermula pada keesokan harinya yang mana kami sekeluarga dibawa ke Kawah Putih dan jambatan gantung dari pagi sehingga ke tengah hari," ujarnya.

Dia yang bertugas sebagai guru praktikum bagaimanapun tidak meniti jambatan gantung kerana bimbangkan keselamatan diri dan anak yang masih kecil.

ARTIKEL BERKAITAN: Emak dan ibu mentua teruja ‘join’ trip ke Hatyai... Anak izinkan asalkan tak bawa balik ‘bapa Thailand’

ARTIKEL BERKAITAN: Duit, kad kredit hilang ketika bercuti di Jepun! Puas fikir, geng anak muda Malaysia dapat agak angkara siapa

Menurutnya, sepanjang berada di kedua-dua lokasi tersebut dia tidak mengalami sebarang masalah mahupun menghidu bau belerang seperti yang dinyatakan beberapa pelancong lain.

"Sebelum bergerak ke sana (Kawah Putih), saya tidak membuat carian terlebih dahulu tentang lokasi pelancongan tu kerana mahu mengikut jadual perjalanan yang telah dirancang sahaja.

"Lagipun sepanjang berada di situ memang tak rasa pelik sehinggalah sebelah petang, saya mula rasa tidak selesa pada muka.

Kejadian berlaku masa nak masuk waktu senja... selepas balik dari trip ni pun, saya ada lebam di betis.

WANIE

"Ada rasa gatal sikit, lama-lama tu muka rasa tegang tapi semasa tengok di cermin macam tak ada apa-apa perubahan," luahnya yang beranggapan kesan gatal pada kulit wajah tidak kelihatan kerana penggunaan bedak asas.

Menurut ibu kepada seorang cahaya mata ini, dia hanya menyedari kulit wajah menjadi merah dan tegang selepas mencuci muka di hotel.

Situasi yang dialami itu menyebabkan Wanie berasa bimbang dengan keselamatan dirinya dan keluarga.

Tambahan pula, dia mendakwa mengalami gangguan ketika berada di hotel.

Warga maya turut memberi cadangan untuk memulihkan kulit wajah Wanie

Warga maya turut memberi cadangan untuk memulihkan kulit wajah Wanie

"Di hotel pun saya ada kena gangguan juga. Di mana waktu saya dan anak berada atas katil kayu yang sangat berat dan tilam tebal, katil tersebut tiba-tiba bergoyang sendiri.

"Pada masa tu, suami berada di bilik mentua dan apabila saya hubungi suami untuk datang, terus katil berhenti bergoyang. Kejadian berlaku masa nak masuk waktu senja.

"Anak pun asyik mengigau semasa tidur malam. Selepas balik dari trip ni pun, saya ada lebam di betis," tambahnya lagi.

Dia yang bercuti sehingga 16 September lalu bagaimanapun bersyukur kerana ‘gangguan’ yang dialami tidak berterusan sehingga ke Malaysia sepertimana segelintir individu.

Malah katanya, keadaan kulit wajah juga semakin baik dan hanya meninggalkan kesan merah terbakar serta mengelupas manakala ruam nanah telah hilang sepenuhnya.

Kawah Putih merupakan lokasi tumpuan kebanyakan pelancong di Bandung, Indonesia. -Gambar file

Kawah Putih merupakan lokasi tumpuan kebanyakan pelancong di Bandung, Indonesia. -Gambar fail

Untuk makluman, Kawah Putih adalah tasik kawah Gunung Patuha yang merupakan salah satu daripada gunung berapi di Jawa.

Terletak kira-kira 50 kilometer di Selatan Bandung, tasik kawah Kawah Putih berada pada ketinggian 2,430 meter di atas paras laut sehingga iklim setempat berasa sejuk sekitar 10 darjah Celcius.

Kawah Putih adalah tasik berasid dengan nilai pH 0.5 hingga 1.3 yang mengubah warnanya dari kebiruan hingga putih kehijauan atau coklat, bergantung kepada kepekatan sulfur dan suhu atau keadaan pengoksidaan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain