LELAKI yang terlibat dalam hubungan sejenis berisiko untuk dijangkiti pelbagai penyakit termasuklah HIV. Namun, masih ada pelaku homoseksual yang tidak membuat ujian HIV sehingga mereka tidak sedar telah dijangkiti penyakit itu. Kisah sama turut dikongsi pempengaruh, Dr Syed Aliff Fauzan menerusi aplikasi TikTok. Perkongsian Dr Fauzan tentang pesakit HIV tular di TikTok. Doktor perubatan yang mesra disapa Dr Fauzan itu berkata, pesakit tersebut pada mulanya kerap datang ke klinik kerana simptom-simptom biasa sahaja. "Hari ini saya nak cerita tentang pesakit saya, dia selalu datang jumpa saya tau dengan sakit yang biasa je. Demam, sakit kepala, sakit perut, sakit otot, sakit-sakit biasa. Awalnya saya ingat dia selalu datang ni sebab dia nak cuti sakit (MC). "Tapi apa yang saya pelik, setiap kali saya check dia, memang dia sakit. Saya risaulah sebab saya takut dia ada penyakit lain. Bila saya buat test Covid-19, test influenza, negatif pula," ujarnya memulakan cerita. Dia pun jujur dengan saya yang dia ni pernah bersama dengan housemate dia, lelaki. DR SYED ALIFF FAUZAN Berdasarkan tingkah laku serta sedikit maklumat, Dr Fauzan berkata dia mengesyaki lelaki itu dijangkiti HIV dan memberi cadangan supaya dia menjalani ujian sepatutnya. Namun, cadangan tersebut menerima bantahan lelaki itu yang yakin dirinya hanya mengalami simptom-simptom sakit biasa sahaja. "Saya dapat rasa yang dia mungkin ada HIV sebab dia tinggal dengan housemate dia lelaki dan perwatakan dia yang agak lembut. ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda hidap HIV berhenti salahkan Tuhan lepas dengar ceramah... Tak sangka ada pengakhiran baik untuk pendosa ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda hidap HIV tak selesa IPT ambil tahu status kesihatan, risau tak dapat masuk universiti - “Kami penat, takut didiskriminasi” "Jadi saya pun cadangkanlah untuk dia buat HIV test, dia marah sebab dia cakap saya ni datang dengan simptom demam je. Kenapa nak kena buat HIV test? "Okay buat pengetahuan semua, HIV ni memang datang dengan simptom biasa je. Demam, kadang dia rasa penat yang teramat, sakit tekak, sakit perut, sakit-sakit otot. Tu semua simptom biasa, macam simptom Covid-19, macam simptom influenza," jelasnya lagi. Namun pada akhirnya, Dr Fauzan berkata pesakit itu bersetuju untuk menjalani pemeriksaan dan telahannya benar-benar menjadi kenyataan. Dr Fauzan berkata pesakit itu pada mulanya menyangka dia hanya mengalami sakit-sakit biasa. Akhir bicara, Dr Fauzan berkata dia tidak berniat untuk menghakimi pesakit itu, namun sekadar berkongsi cerita untuk dijadikan sebagai peringatan buat semua. "Akhirnya dia pun setuju dan bila check tu, memang dia HIV positif. Dia pun jujur dengan saya yang dia ni pernah bersama dengan housemate dia, lelaki. "Nasib baik kita dapat kesan dan rawat awal, sebab kalau tak dia akan jadi lagi teruk iaitu AIDS. Saya cerita ni bukan nak judge sesiapa tetapi kalau anda kerap simptom yang saya cakap tadi dan selalu buat benda berisiko untuk dapat HIV, korang cepat-cepat jumpa doktor sebab kemungkinan besar korang kena HIV," ujarnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube