suria

Wanita disergah makcik masa bercuti di Singapura, anggap orang Malaysia ‘sapu’ semua kerja! Suruh mohon jadi cleaner saja

Rakyat Malaysia dianggap layak menjadi tukang cuci sahaja oleh segelintir warga Singapura. -Gambar hiasan

SINGAPURA antara negara sasaran bagi mana-mana rakyat Malaysia yang mengimpikan gaji lumayan.

Maka tidak hairanlah apabila penduduk setempat di Republik itu mempunyai tanggapan negatif terhadap warga Malaysia walaupun masuk ke sana sebagai melancong.

Turut terpalit dengan isu tersebut, seorang wanita berkongsi pengalaman berbual dengan seorang individu dari Singapura yang meluahkan rasa kurang senang dengan ‘lambakan’ rakyat Malaysia.

Singapura menjadi sasaran kebanyakan rakyat Malaysia yang ingin mendapatkan gaji lumayan.

Singapura menjadi sasaran kebanyakan rakyat Malaysia yang ingin mendapatkan gaji lumayan. -Gambar hiasan

"Tengah tunggu pengangkutan awam ni, ada makcik warga Singapura ajak berbual.

"Mula-mula dia berbual okay je, situasi pelik bermula selepas dia tahu aku ni orang Malaysia," ujarnya di laman Threads.

Menurut wanita ini, dia amat terkejut apabila warga emas berkenaan tiba-tiba menuduhnya ingin mencari pekerjaan di negara Republik itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas 20 tahun, rakyat Malaysia baru sedar penat kerja di Singapura! Bujang, simpanan RM1.2 juta tak tahu nak buat apa

ARTIKEL BERKAITAN: Anak Selangor ‘terpaling Singapura’! Bangga tukar kerja gaji 3.5 kali ganda, puji melambung negara jiran

Bukan itu sahaja, dia juga diminta untuk memohon pekerjaan sebagai pekerja pembersihan sahaja dan tidak 'mengintai' sektor lain yang ditawarkan.

Jelas wanita ini, makcik tersebut beranggapan rakyat Malaysia seolah-olah telah mengambil 'hak' rakyat Singapura apabila bekerja di sana.

"Ni masuk Singapura mesti nak cari kerja, kesian tau orang Singapura tak ada kerja... semua Malaysia 'sapu'.

"Kalau nak kerja sini (Singapura), apply jadi tukang cuci saja," demikian kata-kata warga emas itu yang dikongsikannya.

Dia tak kena lagi yang orang Singapura kerja seminggu dua lepas tu berhenti sebab memilih.

WARGA MAYA

Hantaran yang dibuat wanita ini mendapat perhatian warga maya termasuk beberapa individu dari Singapura.

Menerusi ruangan komen balas, salah seorang rakyat negara itu memohon maaf atas kata-kata warga emas berkenaan dan menyifatkan ia adalah corak pemikiran generasi terdahulu yang gemar mencari salah pendatang.

"Saya minta maaf on behalf as a Singaporean, ini typical mentality di kalangan orang-orang tua di sini. Semua salah kerajaan, pendatang... percayalah apabila mereka dah mula bercakap pasal topik ini, kita pun penat nak layan," katanya.

Antara komen netizen berhubung isu yang disuarakannya.

Antara komen netizen berhubung isu yang disuarakannya.

Dalam pada itu, kebanyakan netizen menafikan dakwaan warga emas terbabit dengan menyatakan rakyat Singapura gemar memilih pekerjaan serta mudah berhenti.

"Menipu makcik tu, orang Singapura sendiri memilih kerja, suami aku kerja sana dalam bidang makanan dan minuman, rakyat dia demand nak kerja. Kerja kejap kemudian berhenti.

"Dia tak kena lagi yang orang Singapura kerja seminggu dua lepas tu berhenti sebab memilih.

"Nama pun makcik-makcik, fikiran old school mesti ada, kita yang telan zaman sekarang punya isu dengar je la kemudian senyum kambing sikit-sikit dan tinggalkan makcik tu," ujar beberapa warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain