BUKAN sekali, tetapi curang berkali-kali! Hakikat yang pahit untuk ditelan, namun itulah nasib malang menimpa seorang wanita apabila suaminya didapati berlaku curang sebanyak empat kali. Pendedahan wanita berkenaan mengenai kisah rumah tangganya yang dibina selama lebih dua tahun itu dibuat menerusi satu hantaran di Facebook. Berkongsi cerita, kejadian pertama didakwa berlaku ketika dia sedang berpantang selepas melahirkan anak pertama. Hubungan sulit suaminya dengan beberapa wanita diketahui menerusi kiriman mesej. -Gambar hiasan "Suami saya ada WhatSapp dua perempuan iaitu kawan dia. Seorang lagi ex dia, dan seorang lagi mungkin kawan sahaja. "Saya tak sempat nak baca habis mesej tu sebab tak nak kantoi dengan suami yang saya periksa telefon dia. Dan teks tu dia simpan dekat archive. "Apabila saya tanya dia, kenapa mesej dengan perempuan-perempuan ni? Dia jawab hanya kawan dan tanya khabar, tak lebih pun. Ok fine," luahnya. ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda tak ingin kahwin lepas dapat tahu bakal isteri ditangkap basah tepi tasik... Makin geram duit hantaran pun lebur! ARTIKEL BERKAITAN: Wanita ditangkap khalwat bersama 6 lelaki, tengah syok raikan parti bujang! Bakal suami enggan kahwin, nak tuntut ganti rugi Tidak berhenti setakat itu, dia kemudian tergerak hati untuk memeriksa telefon milik syarikat yang digunakan suaminya. Apa yang mengejutkan apabila mendapati terdapat video aksi 'panas' suaminya dengan bekas kekasih ketika mereka masih bercinta sebelum ini. "It's okay itu video lama sebelum kenal saya. Tapi yang tak okay kenapa dia tunjukkan semula video tu? Untuk apa? Yang ni apabila saya tanya, dia tak boleh jawab," ujarnya. Si suami enggan menjelaskan mengenai hubungan dengan beberapa wanita. -Gambar hiasan Seterusnya, kata wanita itu, dia mengesan suaminya menghantar mesej kepada wanita lain dipercayai skandalnya, menggunakan telefon milik syarikat. Jelasnya lagi, kelihatan suaminya yang cuba untuk mengenali wanita berkenaan tetapi mujur tidak dilayan. "Apabila saya tanya kenapa? Dia jawab, hanya nak cakap sorry. Dia ignore perempuan tu macam tu je selepas mereka begaduh besar," tambahnya. Sekarang saya dah hilang kepercayaan terhadap suami... perasaan marah tu membuak-buak. ISTERI Ujar wanita itu lagi, dia menyedari kecurangan terus berlaku selepas suaminya menjadi tempat untuk meluahkan masalah di tempat kerja. "Suami mesej perempuan ni dan mesej disimpan dalam archive. Apabila saya tanya lagi kenapa, dia jawab perempuan tu ada masalah dekat tempat kerja dan nak cari tempat meluah. "Apa yang kelakarnya, dia save nombor telefon perempuan tu dengan nama lelaki. Jadi, tak boleh nak perasan. Tapi Allah tu Maha Besar, sekejap je kantoi," katanya. Antara komen warga maya mengenai kecurangan suaminya. Menurutnya, terdapat beberapa nombor di dalam telefon suaminya disimpan atas nama rakan lelaki dan dia tidak menolak sekiranya jumlah tersebut adalah lebih banyak. "Suami kata dia tak salah sebab bagi dia, itu bukan curang. Yang kantoi ni semua tergerak hati saya nak periksa telefon dia, dan tahu kata laluan (password) dia senyap-senyap. "Telefon dia sangat privacy, saya tak tahu apa lagi dia sorokkan. Setiap kali kami bincang pasal ni, saya akan jadi 'mental' (tertekan) dengan jawapan-jawapan dia. "Dia akan salahkan saya sebab periksa telefon dia. Sekarang saya betul-betul dah hilang kepercayaan. Apabila teringat apa yang jadi daripada awal, perasaan marah tu membuak-buak," katanya lagi. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube