PASTI rata-rata dalam kalangan kita memasang impian untuk mencapai status bebas hutang menjelang hari tua. Namun berbeza pula dengan kisah yang dikongsikan oleh seorang individu ini mengenai bapanya. Menurut individu berkenaan, bapanya seolah-olah ketagih membuat pinjaman sehingga hutangnya kini berjumlah lebih RM800,000. "Saya perempuan, 22 tahun. Ayah saya kerja kerajaan, umur 55 tahun. Saya perhatikan ayah saya suka sangat berhutang dan hutangnya kini lebih RM800,000. "Hutang bank, koperasi, serta syarikat pembiayaan bukan bank. Gaji RM6,000 tapi entah kemana-mana. Beli benda bukan-bukan. "Mak saya baru meninggal dunia bulan Julai dan kami (adik-beradik) dapat sedikit duit KWSP mak dalam RM15,000. Bagi orang Islam, mereka diwajibkan melunaskan hutang yang dibuat. -Gambar hiasan "Duit tu saya simpan di ASB tapi duit itu jugalah beli barang dapur walaupun katanya untuk duit belajar saya dan seorang adik," luahnya yang merupakan anak sulung daripada empat adik-beradik. Masih bergelar penuntut tahun akhir di sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA), individu tersebut berkata dia dan seorang adik lelakinya terpaksa bekerja separuh masa (part time) bagi menampung perbelanjaan keluarga mereka. ARTIKEL BERKAITAN: Culas bayar pinjaman, pemuda anggap mak ayah khianat anak sendiri... Tak pasal-pasal kena tanggung hutang 30K! ARTIKEL BERKAITAN: Dikerah tanggung keluarga sejak kecil, siap bayar hutang mak ayah... Rupanya ramai terkena, tak buat dilabel anak derhaka "Duit PTPTN tak cukup dan ayah pun jarang bagi duit. Adik lelaki yang dah kerja selalu bayar bil-bil dekat rumah. "Gaji adik berapa je dan dia tak dapat menyimpan pun. Saya risau, adakah lepas saya graduate dan dapat kerja tapi kena menanggung family? "Saya tak kisah nak tolong sikit-sikit tapi macam kena tolong banyak je. Saya pun kesiankan adik lelaki saya kena tanggung family," luahnya lagi. Tambahnya, apa yang menjadi kebimbangan utamanya adalah masa depannya dengan adik-beradiknya sekiranya bapa mereka meninggal dunia tanpa dapat menyelesaikan bebanan hutang yang ada. Yang penting jangan sesekali jadi penjamin ayah. Hutang ayah tu, ayah yang kena settle sendiri. NETIZEN "Apa akan berlaku jika umur ayah tak panjang? Apa jadi dengan hutang tu? Saya tak minta begitu tapi saya risau. Dah kurang, tambah lagi hutang. Ketagih menambah hutang. "Kalau ayah saya berusaha nak berubah, saya sanggup nak tolong mana yang boleh walaupun saya tak pasti masa depan saya macam mana. "Sesiapa ada dalam situasi yang sama dengan saya? Apa yang saya kena buat? Saya dah bincang pasal ni tapi ayah mengamuk," luahnya. Hantaran individu berkenaan mengundang perhatian netizen yang rata-ratanya meluahkan simpati dengan situasi yang dilaluinya. Antara komen dan pandangan netizen terhadap perkongsian individu berkenaan. Malah mereka turut memberikan pelbagai pandangan dan cadangan sebagai jalan penyelesaian kepada masalah yang dihadapi individu tersebut. "Bawa ayah pergi AKPK minta consultation... tak masuk AKPK pun tak apa tapi boleh dapatkan nasihat pakar. Kadang orang tua ni nak kena orang luar nasihatkan. "Apabila dah kerja nanti bantu bayar benda-benda asas dalam rumah... makanan atau barang dapur, bil-bil jika mampu. Tapi jangan sesekali buat pinjaman peribadi. "Yang penting jangan sesekali jadi penjamin ayah. Hutang ayah tu, ayah yang kena settle sendiri. Jika ayah meninggal, bank akan cari penjamin, bukan simply cari waris. Hutang ayah tak diwarisi," demikian antara komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube