HANTARAN kahwin merupakan hadiah berbentuk wang tunai yang diberikan pihak suami kepada isterinya. Nilai sesebuah hantaran itu bergantung kepada kemampuan seseorang dan ia bukanlah dalam kategori wajib seperti mahar atau mas kahwin. Namun pada masa kini, diperhatikan rata-rata wali wanita cenderung meletakkan permintaan hantaran yang tinggi iaitu sekitar RM10,000 ke atas. Kedua-dua suami dan isteri perlu memainkan peranan dalam rumah tangga. -Gambar hiasan Perkara tersebut menimbulkan perdebatan hangat dalam kalangan warga maya, masing-masing mempersoalkan adakah berbaloi untuk mengahwini pasangan dengan syarat hantaran yang mencekik darah. Melalui satu hantaran di laman TikTok, seorang wanita tampil mengemukakan perspektif daripada sudut berbeza mengenai betapa relevannya pihak lelaki memberi wang hantaran dalam jumlah tinggi. Menurutnya, wang hantaran tersebut jika dikira sebenarnya tidak setara dengan pengorbanan isteri apabila mendirikan rumah tangga kelak. ARTIKEL BERKAITAN: Geram saudara dianiaya suami, wanita sokong kaum Hawa minta wang hantaran tinggi! Ramai tak setuju, Islam tak wajibkan ARTIKEL BERKAITAN: Bakal suami ‘overspend’, wang hantaran jadi ‘mangsa’! Dah la minta diskaun, sibuk pertikai kos majlis belah perempuan "Ramai label perempuan kaki kikis apabila letak hantaran antara RM10,000 hingga RM15,000. Sebenarnya jumlah tu tak banyak mana pun, kalau nak dibandingkan dengan apa yang isteri akan bagi apabila berkahwin nanti. "Isteri tu la yang akan beranakkan anak kau sampai rosak badan dia, menyusukan anak kau sampai bengkak dada dia. Isteri tu juga yang akan diam-diam masukkan duit dalam dompet suami, sebab dia faham kau kena banyak bayar komitmen. "Ada kalanya isteri sendiri yang bekerja untuk bantu tampung kewangan suami. Sedarlah, kalau bayar hantaran RM100,000 sekalipun, belum tentu boleh ganti kudrat yang dicurahkan seorang isteri. Pentingnya wang hantaran supaya suami sedar betapa susahnya nak memiliki kita dan akan belajar menghargai. WARGA MAYA "Kesimpulannya, kalau tiada duit jangan berkahwin, jangan risikokan anak dara orang dan jangan banyak bunyi. Hantaran tu tak mahal, tapi kau je sebenarnya yang tiada duit," kata wanita itu panjang lebar. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya juga turut menyokong pendapat yang dikemukakan wanita itu. "Jangan baik hati sangat dengan lelaki. Sebab dulu saya pernah berkahwin, angkara sayang punya pasal, sanggup berkahwin dengan dia tanpa menetapkan apa-apa hantaran. Akhirnya saya ditinggalkan. Pelayar bertukar pandangan. "Lelaki ni kalau semua benda kau bagi dia senang, lama-lama dia akan naik lemak. Pentingnya wang hantaran supaya suami sedar betapa susahnya nak memiliki kita dan akan belajar menghargai. "Terbalik pula dengan saya, wang hantaran suami dulu murah je, RM8,000, tapi Alhamdulillah suami rajin buat kerja rumah dan saya boleh banyak berehat," demikian kata warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube