suria

Bisnes maju, kereta banyak tapi duduk rumah sewa... Lelaki ini bahagia bayar RM210 sebulan sejak 14 tahun lalu

Mfa Bob selesa menyewa di rumah teres satu tingkat.

BUKAN mudah mencari kediaman untuk disewa pada kadar murah dan berpatutan pada masa ini lebih-lebih lagi jika berada di bandar-bandar besar.

Namun bagi seorang lelaki, dia merupakan penyewa paling bertuah kerana tinggal di rumah sewa dengan kadar bayaran bulanan sebanyak RM210 sejak 14 tahun lalu.

"Sudah 14 tahun sewa rumah ni. Naik jatuh di rumah ini la, sewa masih sama RM210 sampai sekarang. Mana nak cari dalam tahun 2024 ni sewa murah macam ni di Pulau Pinang.

"Rezeki Allah bagi. Jiran-jiran semua baik-baik. Tuan rumah juga baik, Alhamdulillah," luahnya menerusi satu hantaran di Facebook.

Mfa Bob memiliki kediaman sebuah rumah dua tingkat.

Bercakap kepada mStar, Mohd Fitri Ahmad berkata, rumah sewa yang didiaminya itu merupakan kediaman teres satu tingkat di Bukit Mertajam dalam daerah Seberang Perai Tengah.

Lebih dikenali sebagai Mfa Bob, dia sebenarnya memiliki kediaman sendiri iaitu rumah dua tingkat sejak lima tahun lalu.

Namun, lelaki berusia 40an ini mengakui kini lebih selesa tinggal di rumah sewa yang dilengkapi tiga bilik itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Tujuh bulan tak berpenghuni, ejen hartanah lelong terkejut jumpa 2 sejadah terbentang hadap kiblat - “Balik rumah saya termenung”

ARTIKEL BERKAITAN: Kereta mewah dilelong, owner bukan sengkek! Memang tunggu bank tarik, bila-bila masa boleh bayar loan tertunggak

"Saya pernah je duduk di rumah dalam kawasan elit, kawasan orang baru nak kaya ni. Saya jenis tak kacau orang, cuma banyak kereta sampai keluar rumah tapi masih dalam kawasan rumah saya.

"Ada la dua tiga jiran ni tak puas hati, iri hati sampai ada ketua kawasan datang rumah tegur kereta banyak sangat.

Sekarang ni senang, aman rasa. Jiran-jiran pun baik.

MOHD FITRI AHMAD (MFA BOB)

"Saya pun tak 'rem' kereta malam-malam. Kadang-kadang keluar malam minggu start (enjin) pun tak sampai seminit terus masuk gear jalan perlahan-lahan. Esoknya dah ada aduan kata kereta bising," katanya ketika dihubungi mStar.

Menurut Mfa Bob, keadaan yang berlaku itu membuatkan dia tidak selesa apabila sesama jiran tidak bertegur sapa.

Mfa Bob menyifatkan mempunyai jiran-jiran yang baik juga sebagai rezeki.

Malah dakwanya, dia pernah melalui gangguan di rumahnya itu sebelum ini.

"Ada yang main benda halus, saya jumpa macam-macam depan halaman rumah. Pasir atas kereta, cermin pernah pecah. Macam-macam saya kena masa tu.

"Saya ambil keputusan pindah balik menyewa rumah RM210 tu. Lagi pun saya masih bayar macam biasa rumah lama tu, simpan kereta dengan barang-barang," ujar anak kelahiran Pulau Pinang itu lagi.

Dalam pada itu, ahli perniagaan berkenaan memaklumkan sebagai salah seorang penghuni dia turut membaca aduan-aduan lain di dalam grup WhatsApp kejiranan.

"Dalam grup tu pun tengok macam-macam orang mengadu. Kucing siapa berak, kucing kencing kat halaman rumah, semua ada.

"Sekarang ni senang, aman rasa. Jiran-jiran pun baik walaupun bukan bangsa sendiri. Nak kata bising tak adalah, pukul 10 malam dah senyap dan sunyi.

"Kami saling menghormati. Itulah kata jiran baik pun rezeki kan," katanya lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain